Arteta sedia ‘merevolusikan’ skuad pada musim panas.

Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta bersedia untuk melakukan rovolusi terhadap skuad The Gunners bermula musim panas nanti.
  • Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette boleh meninggalkan Arsenal pada musim panas.
  • Masa depan Mesut Ozil masih belum diketahui.
  • James Maddison dan Odsonne Edouard adalah antara pemain yang berada dalam senarai Arteta.

Menurut Daily Mail, Mikel Arteta bersedia untuk melakukan rombakan besar-besaran skuad utama sekiranya kapten pasukan, Aubameyang, Lacazette dan Ozil, meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini.

Laporan itu mengatakan pengedali Sepanyol itu bersedia untuk ‘merevolusikan’ skuad Arsenal pada musim panas ini.

Ini adalah rancangan Arteta dalam usaha beliau untuk memulihkan dan mengembalikan kegemilangan The Gunners.

Sumber yang sama sebelum ini melaporkan bahawa Arteta akan mengutamakan pemain-pemain untuk tiga posisi, yang mana ianya dilihat keperluan utama dalam membentuk The Gunners.

Malah Arteta juga dilaporkan mahu menambah pemain tengah box-to-box, pertahanan tengah dan pemain tengah yang kreatif dalam pasukan.

Tetapi jika trio yang disebutkan di atas meninggalkan kelab, The Gunners pasti tidak dapat mengelak daripada membuat beberapa perpindahan dan pembelian baru.

Antara nama-nama yang disenaraikan menurut laporan itu adalah seperti:
  • Dayot Upamecano (cb – Red Bull Leipzig),
  • Nathan Ake (cb – Bournemouth),
  • Boubakary Soumare (dm – Lille),
Houssem Aouar, 21 tahun adalah pemain bolasepak profesional Perancis yang bermain untuk Lyon.
  • Houssem Aouar (attacking midfielder – Lyon),
  • James Maddison (attacking midfielder – Leicester City) dan
  • Odsonne Edouard (striker – Celtic).
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment