Connect with us

Arsenal

Arteta sekat perpindahan Ozil ke Qatar.

Published

on

Mikel Arteta dilaporkan telah menghalang Mesut Ozil dari berpindah ke kelab Qatar pada jendela perpindahan Januari yang baru ditutup.

Arsenal dilaporkan telah menerima tawaran untuk dari pihak Qatar untuk mendapatkan Mesut Ozil namun Ketua Jurulatih The Gunners, Mikel Arteta memilih untuk menghalang perkara tersebut berlaku.

Laporan yang dkeluarkan itu bagaimanapun tidak menyatakan nama pasukan yang telah membuat tawaran kepada Arsenal, ia sekadar menamakan kelab dari Qatar.

Arteta masih mahukan Ozil.

The Gunners sebelum itu berjaya melengkapkan perpindahan Pablo Mari dan Cedric Soares secara pinjaman pada penghujung jendela perpindahan musim sejuk, manakala pemain muda, Emile Smith Rowe pula dipinjamkan kepada Huddersfield untuk baki musim ini.

Mesut Ozil menjadi subjek perpindahan sekian lama dengan beberapa kelab dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Advertisement

Jika sebelum ini, Ozil sering kali dikaitkan dengan kelab Turki, namun pendedahan mengejut ini membuatkan penulis berfikir adakah ianya benar?

Pada jendela perpindahan musim panas 2019, difahamkan bahawa Arsenal secara aktif berusaha untuk ‘melepaskan’ Ozil kerana dikatakan bebanan gaji yang tinggi, £ 350,000 seminggu yang diterima pemain tersebut.

Walau bagaimanapun, dengan minat dari Istanbul Başakşehir dan kemudian D.C. United yang dikatakan mahu mendapatkan Ozil, pemain perancang ini masih kekal di Stadium Emirates.

Ozil hampir tidak digunakan oleh bekas pengendali Arsenal, Unai Emery dan laporan sering muncul menjelaskan ‘persengketaan’ di antara mereka berdua.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Arteta telah menggunakannya secara konsisten dan berjaya memberikan nafas baru kepada Ozil dan Arsenal.