Arteta tidak anggap Ozil membebankan malah gembira dengan pemain itu.

“Bukan hanya mengenai Ozil dan kadang-kadang, bukan salah dirinya” – Mikel Arteta.
  • Artetas berkata dia sangat gembira dengan pemain playmaker itu.
  •  Mengakui terdapat situasi tertentu untuk Mesut mampu menunjukkan yang terbaik.
  •  Ozil memerlukan bantuan rakan sepasukan untuk menjadi terbaik, menurut Arteta.

Ketika ditanya mengenai prestasi Mesut Ozil, Mikel Arteta memuji pemain tengah Jerman itu dan mengatakan bahawa terdapat keadaan tertentu perlu dibuat untuk memastikan keberkesanannya.

“Saya sangat gembira dengan Mesut,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

“Saya bermain dengannya dan saya mengenali dia, jadi saya cuba membantunya sebanyak mungkin dengan memberikan apa yang perlu dilakukan supaya dia dapat melakukan apa yang perlu dilakukannya.

” Kerana saya tahu banyak yang dapat diberikannya di bahagian serangan.

“[Permainan menentang Everton] adalah contoh terbaik mengenai Mesut.

“Apabila kami dominan dan proses keseluruhannya dilakukan dengan betul dan anda dapat mencari pemain di kedudukan yang tepat, dia adalah pemenang yang anda inginkan.

“Apabila permainan menjadi seperti ini, ia bukan perlawanannya, jadi dia memerlukan rakan sepasukannya dan struktur dan organisasi yang sesuai untuknya berkembang.

“Ini bukan hanya mengenai dia dan kadang-kadang bukan kesalahannya, ia mengenai pasukan tidak menyokongnya, apa yang dia perlukan. ”

Mesut Ozil mengakhiri kemarau golnya di bawah Arteta pada hujung minggu lalu, ketika pemain perancang ini menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-0 ke atas Newcastle.

Pemain berusia 31 tahun itu juga telah mencatatkan satu bantuan gol setakat ini, musim ini dalam 16 penampilan Liga Perdana Inggeris.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment