AS Roma mungkin tidak akan membeli Henrikh Mkhitaryan pada musim panas akan datang

Henrikh Mkhitaryan

Pemain tengah perancang Arsenal, Henrikh Mkhitaryan dijangka akan kembali ke London pada musim panas akan datang.

Ini kerana AS Roma mungkin tidak akan membayar £20 juta harga jualan yang diminta oleh Arsenal untuk pemain berusia 31 tahun ini.

Mkhitaryan kini bermain di kelab Rome tersebut secara pinjaman sehingga hujung musim 2019/20.

Roma pernah membuat bidaan sebanyak £8.5 juta pada Januari lepas namun telah ditolak, dan mereka mungkin tidak akan membuat bidaan terbaru pada musim panas akan datang.

Mkhi mempunyai baki 12 bulan dalam kontrak sedia adanya bersama the Gunners.

Dia menyertai Arsenal dari Manchester United sebagai sebahagian daripada pertukaran pemain supaya Alexis Sanchez boleh berpindah ke Old Trafford pada Januari 2018.

Kapten pasukan kebangsaan Armenia ini menunjukkan kebolehannya dan kreativitinya dengan baik pada awalnya, namun semakin lama semakin tenggelam, dan terus bergelut untuk memberikan impak yang diharapkan oleh para penyokong kelab.

Pengurus Roma, Paulo Fonseca seperti berminat untuk mengekalkan Mkhitaryan di Stadio Olimpico selepas tamat kontrak pinjamannya.

Henrikh Mkhitaryan beraksi ketika menentang Bologna

Dia menjaringkan satu gol semasa Roma tewas 3-2 kepada Bologna pada Jumaat lepas, sebulan selepas mengalami kecederaan peha.

Secara keseluruhan, dia sudah menjaringkan empat gol dalam 10 penampilan Serie A musim ini.

Adakah Mkhitaryan boleh kembali ke potensi sebenarnya apabila bermain di bawah bimbingan Mikel Arteta? Atau dia akan meninggalkan Emirates secara tetap pada musim panas akan datang?

Be the first to comment