Connect with us

Arsenal

Aubameyang akan tinggalkan Arsenal musim panas nanti.

Published

on

Bintang The Gunners ‘akan meninggalkan’ Emirates pada musim panas dengan nilai perpindahan (harga) ‘dijangka jatuh’, kepentingan kelab ‘perlu diambil serius’.

Semenjak ketibaan Antonio Conte sebagai pengurus baharu Inter Milan, pasukan Itali itu terus mempamerkan peningkatan dan ketika ini menghuni tangga teratas Serie A.

Dengan menandatangani beberapa pemain baharu, bekas pengendali Chelsea itu berjaya membawa perubahan ketara kepada Inter.

Ketika ini, Inter berada dipuncak liga dengan mengumpul jumlah mata yang sama dengan pencabar terdekat, Juventus yang merupakan juara liga musim lalu.

Advertisement

Persembahan mantap dan bertenaga pasukan Conte banyak dipengaruhi dengan kecemerlangan pemain Argentina, Lautaro Martinez yang ditandatangani mereka pada 4 Julai 2018 dengan yuran yang dilaporkan sebanyak €22.7 juta.

Lautaro Martinez.

Walaupun penyerang itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama mereka (berakhir pada Jun 2023), namun ia tidak semestinya menjadi jaminan kepada mereka untuk mengekalkan pemain tersebut.

Ini kerana mereka juga berpotensi kehilangan Martinez setelah kelab-kelab besar seperti Barcelona dan Manchester City dikatakan menaruh minat untuk menandatangani penyerang berusia 22 tahun itu.

Bagaikan bersedia dengan mempunyai rancangan kontingensi sekiranya kehilangan Martinez, Inter mensasarkan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

Itulah yang dilaporkan oleh Gazzetta dello Sport pada hari Jumaat, mendakwa pemain antarabangsa Gabon ‘akan meninggalkan’ Emirates pada musim panas akan datang.

Kontrak bintang The Gunners itu tamat pada tahun 2021 dan dikatakan Arsenal menilainya pada sekitar €70 juta, namun nilai ataupun yuran perpindahan ‘dijangka lebih rendah’.

Advertisement

Inter telah menyedari situasi tersebut musim panas lalu, ketika mereka berjuang untuk menandatangani Romelu Lukaku dari Manchester United.

Dan ia sangat jelas sekiranya mereka benar-benar mahukan penyerang Arsenal itu, maka mereka haruslah melakukannya dengan ‘serius’.

Dengan ketiadaan Alexis Sanchez yang dijangka kembali ke Manchester United, terdapat ruang dari segi kewangan kelab dalam membayar gaji pemain baharu.

Walau bagaimanapun, perpindahan Auba ke Inter hanya akan terjadi sekiranya Lautaro Martínez dijual.

Dan ini mungkin melegakan peminat dan penyokong Arsenal buat seketika, pun begitu ianya bukanlah jaminan kerana sebelum ini juga dilaporkan bahawa rundingan pembaharuan kontrak Auba masih menemui jalan buntu.

Advertisement

Sekiranya gagal dalam memperbaharui kontrak Auba, tidak mustahil pihak pengurusan Arsenal akan menjual beliau pada musim panas nanti.

Laporan Gazzetta dello Sport Jumaat