Aubameyang balas respons padu kepada Gary Neville.

  • Aubameyang pamerkan prestasi cemerlang menentang Everton.
  • Neville tegaskan bahawa pemain itu layak mendapat pengiktirafan sama seperti Mo Salah, Sergio Aguero dan Harry Kane.
  • Komen legenda United tidak disedari oleh penyerang kita (Auba).

Pierre-Emerick Aubameyang menjadi tumpuan pada hari Ahad malam ketika menentang Everton.

Bukan sahaja kerana penyerang itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Everton, tetapi beliau juga memberikan sumbangan besar dalam kerja-kerja pertahanan.

Gol menarik Auba yang dikatakan menyerupai gaya Henry.

Persembahan memukau yang dipamerkan Aubameyang itu mendapat reaksi dan perhatian lagenda Manchester United, Gary Neville.

Neville memberi pujian melambung terhadap aksi penyerang Arsenal itu dan turut mengatakan bahawa dia sepatutnya layak mendapat pengiktirafan sebagai penyerang terbaik Liga Perdana Inggeris seperti pemain lain, iaitu Mo Salah, Sergio Aguero dan Harry Kane.

Kata-kata pujian lagenda United terhadap Aubameyang diluahkan Neville ketika beliau dalam rancangan Sky Sports PL.

Pujian Neville itu kemudian dibalas Aubameyang dengan kicauan (twitter) jenaka mengatakan ” Wow selepas ini, saya juga boleh mengatakan Aubameyang adalah pemain liga terhebat πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜‚ hanya bergurau namun terima kasih atas penghargaan itu”.

Aubameyang telah menjaringkan 60 gol dan merekodkan 13 bantuan gol dalam hanya 95 penampilan untuk kelab (Arsenal).

Penyerang Gabon berusia 30 tahun itu merupakan pendahulu dalam senarai calon-calon bagi gelaran Kasut Emas musim ini.

Kedudukan penjaring terbanyak liga ketika ini.

Selepas 27 perlawanan, Aubameyang telah menjaringkan 17 gol, berkongsi kedudukan dengan Jamie Vardy yang turut mencatatkan jumlah jaringan yang sama.

Malam yang gemilang buat Aubameyang.

Semoga Aubameyang terus cemerlang dan mampu menamatkan musim ini dengan gelaran pemenang Kasut Emas.

Untuk rekod, Aubameyang pernah memenangi Kasut Emas pada musim sebelum ini (2018/19), berkongsi bersama dua pemain Liverpool, Mane dan Salah.

Senarai Pemenang Kasut Emas Musim 2018/19
1 Pierre-Emerick Aubameyang Gabon Arsenal 22 36 0.61
1 Sadio ManΓ© Senegal Liverpool 22 36 0.61
1 Mohamed Salah (2) Egypt Liverpool 22 38 0.58

Purata gol setiap perlawanan yang dijaringkan Auba pada musim 2018/19 dalam saingan Liga Perdana adalah sebanyak 0.61 (hasil 22 jaringan dalam 36 perlawanan).

About MyGooners 885 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment