Barcelona tandatangani Martin Braithwaite dari Leganes

Martin Braithwaite

Pemain antarabangsa Denmark ini telah menandatangani kontrak bersama Barcelona sehingga Jun 2024.

Kelab Catalan ini telah membayar £15juta klausa pembelian keluar pemain ini, yang sudah menjaringkan lapan gol dalam 27 perlawanan untuk Leganes musim ini.

Barcelona telah diberikan perlepasan khas untuk membuat pembelian kecemasan di luar jendela perpindahan selepas penyerang Perancis, Ousmane Dembele terpaksa melupakan aksi selama enam bulan kerana kecederaan hamstring yang serius.

Mereka juga telah meletakkan klausa pembelian keluarnya sebanyak £250 juta.

Braithwaite hanya dibenarkan bermain dalam La Liga sahaja bagi baki musim ini kerana Barcelona sudah pun menghantar senarai nama skuad yang akan beraksi dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Dia baru sahaja menyertai Leganes secara tetap pada musim panas lepas, selepas bekas kelabnya itu berminat untuk mengekalkannya di Stadium Munacipal de Butarque setelah tamat tempoh pinjaman selama enam bulan dari Middlesbrough.

Be the first to comment