Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Bekas pemain skuad wanita Charlton Athletic meninggal dunia kerana penyakit kanser paru-paru

Published

on

Lucy Kerr telah disahkan mengalami penyakit kanser paru-paru selepas pemeriksaan dilakukan terhadap kecederaan tulang pehanya.

Doktor yang merawatnya ketika itu menemui kanser tersebut apabila menjalani ujian MRI bagi memeriksa tahap kecederaan Lucy.

Dia kemudian menjalani rawatan chemotherapy dengan segera selepas penemuan tersebut.

Advertisement

Namun tiada siapa dapat menghalang ajal seseorang apabila Lucy disahkan meninggal dunia pada hari ini dan ucapan takziah telah disampaikan kepada keluarganya.

“Fikiran kami semua di Charlton Athletic Women adalah bersama keluarganya bagi menghadapi saat yang sukar ini, dan pihak kelab akan memberikan penghormatan kepadanya pada perlawanan yang akan datang,” kenyataan rasmi kelab.

“Kami semua mahu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Lucy pada saat yang menyedihkan ini.”

Dia mula menyertai kelab London tersebut sebagai pemain bawah 14 tahun pada musim 2013/14 dan berjaya memenangi Pemain Terbaik Tahunan.

Advertisement

Lucy kemudian melompat ke pasukan bawah 16 tahun sebelum bermain bolasepak senior bersama pasukan perkembangan kelab.

Pengurus Charlton Athletic Women Ritessh Mishra, yang telah bekerja bersama Lucy sejak di pasukan bawah 16 tahun berkata: “Berita ini sangat tragis. Hati saya sentiasa bersama keluarga dan rakan-rakan Lucy.

“Dia sudah berada di sana ketika permulaan perjalanan saya sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun Charlton.

“Sikap dan personalitinya mempunyai pengaruh yang kuat dan dia sentiasa menyenangkan kami kakitangan kelab.”

Advertisement

“Dia akan sentiasa berada dan selamanya bersama kami, sebahagian dari keluarga Charlton.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply