Besiktas tidak perlukan Elneny musim depan.

Pemain ini mungkin kembali ke Arsenal, tidak berada dalam perancangan pengurus baharu.

Fotospor melaporkan dimana pengurus baharu Besiktas, Sergen Yalcin tidak mahu pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny kekal bersama kelab Super Lig itu selepas berakhirnya musim ini.

Sergen Yalcin dilantik menjadi pengurus baharu Besiktas menggantikan Abdullah Avcı pada 29 Januari 2020.

Pemain antarabangsa Mesir itu dipinjamkan ke Black Eagles pada permulaan kempen musim ini dan beliau menjadi sebahagian daripada ahli pasukan penting pasukan Abdullah Avci, sebelum jurulatih Turki itu dipecat.

Elneny menjadi antara watak penting skuad Abdulah Avci ketika pengurus itu masih bertanggungjawab.

Dengan Yalcin kini bertanggungjawab terhadap pasukan Super Lig, keadaan telah berubah bagi pemain pinjaman Arsenal dan Fotospor mengatakan pengendali berusia 47 tahun itu memutuskan untuk tidak mengekalkan Elneny untuk musim depan.

Sebelum ini, Besiktas dilaporkan mahu membuat pinjaman Elneny bertukar menjadi perpindahan tetap ketika Abdullah Avci masih lagi berkuasa.

Abdullah Avci ditamatkan kontraknya pada 24 Januari 2020 selepas hanya enam bulan mengendalikan Besiktas.

Perkembangan tersebut dikatakan berpunca daripada kekangan kewangan Besiktas dan mereka turut dilaporkan akan meneruskan pencarian alternatif pada musim panas akan datang.

Ini kerana Besiktas tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk membayar klausa penebusan Elneny yang dikatakan bernilai € 18 juta.

Bekas pemain tengah Basel itu telah membuat 22 penampilan untuk Besiktas dalam semua pertandingan musim ini dan kini masih dalam kontrak bersama Arsenal sehingga Jun 2022.

Eleney dilepaskan Arsenal secara pinjaman ketika bekas pengendali pasukan, Unai Emery masih bertanggungjawab dan pemain ini mungkin mendapat peluang kedua dibawah Arteta musim depan seandainya berjaya membuktikan kebolehan dan bakat yang ada pada dirinya.

Posisi yang mampu dimainkan Elneny.
Rekod penampilan bersama kelab yang diwakili:
Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
FC Basel 1893 144 10 8
Arsenal FC 89 2 8
El Mokawloon SC 39 3 3
Besiktas JK 22 1
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment