Bidaan Arsenal dan Everton untuk dapatkan Gabriel Magalhaes ditolak Lille

Lille telah menolak bidaan oleh Arsenal dan Everton untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah mereka, Gabriel Magalhaes pada Januari lalu.

Kedua-dua kelab ini mahu mencari pemain tambahan untuk meningkatkan prestasi di bahagian pertahanan yang agak rapuh pada musim ini.

Menurut Le10 Sport, the Gunners dan Toffees sudah meletakkan harga bidaan untuk mendapatkan Gabriel pada tingkap perpindahan pemain musim sejuk yang lalu, namun tawaran mereka tidak memenuhi permintaan nilai yang diharapkan oleh Lille.

Gabriel, 22 tahun telah menyertai Lille dari kelab Serie B Brazil, Avai pada 2017, namun dia mula mendapat tempat kesebelasan utama pasukan sejak musim 2018/19.

BIODATA RINGKAS GABRIEL MAGALHAES



Nama penuh: Gabriel dos Santos Magalhaaes
Tarikh & tempat lahir: 22 Disember 1997 di Sao Paulo, Brazil
Warganegara: Brazil
Posisi: Pertahanan tengah
Kelab terkini: Lille Olympic Football Club (LOSC)
Kelab-kelab sebelum ini: Avai FC (Brazil), Troyes, Dinamo Zagreb II

Dan musim ini dia telah disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam 18 perlawanan Ligue 1, dan enam lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam perlawanan terakhirnya, dia berjaya mencatat clean sheet ketika Lille menewaskan Rennes 1-0 dalam perlawanan Ligue 1 pada awal pagi tadi. Loic Remy menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Secara keseluruhan musim ini, dia sudah membuat 29 penampilan dan menjaringkan 1 gol. Dia berjaya mencatat sembilan clean sheet sepanjang penglibatannya bersama skuad utama Lille.

Lille berjaya meyakinkan Gabriel untuk menandatangani kontrak baru sehingga 2023 setelah melihat pemain ini mula menjadi sasaran kelab-kelab besar Eropah.

Nilai pasaran terkini pemain ini menurut website transfermarkt adalah €15 juta.

Terdapat juga laporan mendakwa Lille boleh melepaskan pemain mereka ini andai menerima tawaran yang munasabah pada musim panas akan datang.

Arsenal akhirnya berjaya mendapatkan seorang pemain pertahanan tengah pada Januari lepas, membawa masuk Pablo Mari dari Flamengo secara pinjaman sehingga hujung musim ini.

Everton pula tidak menandatangani mana-mana pemain dalam jendela perpindahan pemain pertama Carlo Ancelotti sebagai pengurus kelab.

Be the first to comment