Borussia Dortmund terus beli Emre Can!

Emre Can

Emre Can tiba di Sigunda Park sebagai pemain pinjaman dari Juventus, namun statusnya telah bertukar menjadi pemain tetap selepas beraksi baik dalam beberapa perlawanan pertamanya.

Dia menandatangani kontrak empat tahun selepas Dortmund mengaktifkan klausa pembelian dalam kontrak pinjamannya.

Yuran perpindahan dijangka sekitar £21 juta.

Secara teknikal, Can masih dalam kontrak pinjaman di Dortmund sehingga 1 Julai, dan selepas itu baru la kontrak tetapnya bermula sehingga Jun 2024.

Pemain berusia 26 tahun ini menyertai Juventus dari Liverpool pada Jun 2018 secara percuma, namun peluang bermainnya semakin terhad selepas Massimilliano Allegri digantikan oleh Maurizio Sarri.

Dan terbaru, dia tidak disenaraikan dalam skuad Juventus dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Oleh kerana itu, dia boleh bermain untuk Dortmund di peringkat kalah mati UCL musim ini, bermula dengan cabaran menentang kelab juara Perancis, Paris Saint-Germain.

Be the first to comment