Bukayo Saka kini menyamai rekod 13 tahun Arsenal yang dilakukan Cesc Fabregas.

Bukayo Saka
Pemain remaja Arsenal terus pamerkan aksi mengagumkan dengan bantuan gol kepada Eddie Nketiah dalam kemenangan 3-2 ke atas Everton di Emirates.

Bantuan gol yang dihasilkan Bukayo Saka ketika Arsenal mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Everton, menyaksikan pemain itu menyamai rekod kelab yang telah bertahan selama 13 tahun.

Masuk sebagai pemain gantian pada babak pertama setelah Sead Kolasinac mengalami kecederaan, Saka tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak kepada pasukan.

Beliau nmengambil masa kurang daripada 10 minit selepas dimasukkan untuk mencipta bantuan gol pada perlawanan itu.

Saka menggantikan Kolasinac yang mengalami kecederaan pada minit ke-18 separuh masa pertama perlawanan.

Sebelum itu, Everton terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit pertama perlawanan.

Namun, kemasukan Saka mencetuskan kebangkitan The Gunners dengan membantu Eddie Nketiah menjaringkan gol pada minit ke-27.

Pemain lulusan akademi Arsenal melakukan hantaran silang yang menarik dan begitu sempurna untuk penyudah yang cemerlang oleh Nketiah.

Pierre-Emerick Aubameyang turut cemerlang malam tadi apabila menjaringkan dual gol untuk membantu Arsenal meraih tiga mata berharga.

Dengan sumbangan yang dilakukan Saka dalam mencetuskan kebangkitan The Guners, beliau kini menyamai rekod kelab yang belum dicapai oleh pemain lain sejak 2006/07.

Cesc Fabregas merupakan pemain remaja terakhir untuk mencapai ataupun mencipta dua angka dalam menghasilkan bantuan gol bagi satu musim bersama Arsenal, dan Saka kini telah mencapai prestasi yang sama, dengan menghasilkan bantuan gol yang ke-10 dalam semua pertandingan.

Bercakap selepas perlawanan, Arteta memuji hantaran silang yang dilakukan Saka untuk gol Nketiah tetapi mendesak pemain sayap itu untuk terus mempertingkatkan prestasinya dan mengingatkanpemain itu supaya tidak mudah berpuas hati dengan prestasi semasanya.

“Saya tidak pernah gembira apabila sesuatu perkara seperti itu berlaku dengan Kola [Kolasinac],” kata Arteta kepada pemberita.

“Ia merupakan sumbangan hebat dari [Saka], tetapi dia menunjukkan bahawa terdapat margin yang baik untuk memperbaiki dan dia harus mempertingkatkan lagi dirinya.”

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment