‘Cara Kotor’ Burnley kekang kegarangan Arsenal.

Burnley Vs Arsenal
Mikel Arteta jelaskan punca mengapa pemain Arsenal gagal mempamerkan aksi cemerlang.

Mikel Arteta menyalahkan padang di Turf Moor ketika Arsenal semakin sukar memburu tempat empat teratas Liga Perdana berikutan seri 0-0 menentang Burnley malam tadi.

Skuad kendalian Arteta ketinggalan 10 mata di belakang pasukan keempat, Chelsea dan dengan baki perlawanan yang tinggal (13 perlawanan lagi), kedudukan tersebut dilihat agak sukar untuk Arsenal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan (kelayakan untuk empat pasukan terbaik liga).

Kedudukan Terkini EPL.

Bukan sahaja mengecewakan Arteta, malah kita semua yang menyaksikan perlawanan tersebut turut merasakan kekecewaan itu, lebih-lebih lagi Arsenal pada satu ketika dilihat mampu mendahului lawan.

Auba memiliki peluang terbaik untuk meletakkan Arsenal didepan pada separuh masa pertama perlawanan.

Arsenal malam tadi jelas memiliki penguasaan bola dengan 58% pemilikan dan melepaskan beberapa peluang terbaik sebelum pihak tuan rumah mula mengasak dan hampir mengejutkan kita semua.

Inilah dikatakan ‘mujur tak masuk abis’.

Namun disebalik penguasaan Arsenal dalam pemilikan bola, pihak tuan rumah jelas lebih banyak mengancam kubu The Gunners dengan serangan mereka yang lebih tajam dan menghadirkan debaran.

Statistik Perlawanan malam tadi.

The Gunners jelas terjejas dengan corak yang ditampilkan malam tadi dan Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta mendakwa rumput panjang dan padang kering memainkan peranan penting dalam menghalang pasukannya bermain dengan cara normal mereka, bertukar hantaran.

Arteta menegaskan: “Keadaannya sukar.

“Rumput panjang dan mereka tidak menyiram air, ia bukanlah perkara yang dapat membantu anda bermain bolasepak.

“Saya tidak membasahkan padang semalam ketika berlatih kerana saya sudah menjangkakannya, tapi ia bukanlah sesuatu yang mudah.

“Mereka melakukan apa yang bagus mereka buat dan anda dibenarkan melakukannya, jadi kami perlu melaluinya.”

Arsenal kini tanpa kemenangan dalam empat saingan terakhir liga selepas semuanya seri dan Arteta hanya menang sekali dalam tujuh saingan liga sejak menggantikan Unai Emery yang dipecat.

Penulis percaya Arteta mampu mengendalikan Arsenal dengan cemerlang.

Aksi liga akan berehat untuk tempoh dua minggu bagi rehat pertengahan musim, yang kali pertama diperkenalkan bermula musim ini, 2019/20.

Dan Arsenal akan menyambung aksi pada perlawanan seterusnya yang dijadualkan pada 17 Februari 2020, menentang Newcastle.

After an agreement in June 2018 between The Football Association, the Premier League and EFL, the 2019/20 Premier League season will be the first to feature a mid-season player break.

The Premier League will split one round of matches in February over two weekends, with one set of matches on the weekend commencing 8 February 2020 and the other on the weekend commencing 14 February.

Premier League.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment