Cazorla sahkan pertanyaan Arsenal mengenai dua bintang muda La Liga.

Santi Cazorla
Bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla mengesahkan pertanyaan yang dibuat daripada Arsenal mengenai pemain muda La Liga.

Beliau tetap menjadi salah seorang pemain Arsenal yang paling disukai oleh peminat dan penyokong The Gunners.

Dan terbaru, The Gunners dilaporkan telah menghubungi Santi Cazorla untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai pemain-pemain tertentu La Liga.

Bekas pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla dedahkan bahawa beliau masih menerima panggilan telefon dari pihak The Gunners mengenai potensi perpindahan pemain-pemain muda La Liga.

Lebih khusus lagi ,adalah mengenai rakan sepasukannya di Villarreal, Samu Chukwueze – pemain tengah kelahiran Nigeria dan Pau Torres – pemain pertahanan kelahiran Speanyol.

Menurut MARCA, Arsenal telah bertanyakan mengenai dua pemain tersebut kepadanya.

Dan Cazorla mengakui dia sendiri mengagumi dengan pemain muda tersebut, begitu juga dengan pihak Arsenal.

Pemain veteran berusia 35 tahun itu mengakui bahawa mereka sering berhubung dam telah bercakap mengenai perkembangan pasangan itu.

Beliau berkata:

“Ya, terutamanya rakan Arsenal saya,” kata Cazorla kepada akhbar Sepanyol itu.

“Mereka bertanya kepada saya mengenai pemain itu dan mereka [Arsenal] fikir mereka boleh membawa pemain-pemain itu ke Liga Perdana tidak lama lagi.

“Ia adalah perkembangan baik bahawa kelab-kelab besar berminat [terhadap pemain muda itu]. “

Samu Chukwueze (20 tahun) dan Pau Torres (23 tahun).

“Mereka [pemain-pemain muda itu] perlu mengambil langkah ke hadapan.

“Kedua-duanya mempunyai personaliti yang hebat.” jelas beliau lagi.

Walaupun Arsenal mungkin merasakan mereka mempunyai kelebihan, namun mereka bukan satu-satunya pihak yang berminat terhadap pasangan itu.

Manchester City dan Liverpool turut dikaitkan dengan salah seorang ataupun kedua-duanya.

Kedua-dua pemain itu merupakan pemain tetap untuk Yellow Submarine, dan setakat ini ianya tidak pasti bahawa mereka bersedia untuk berpisah dengan mana-mana pemain itu dalam apa jua keadaan.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment