Cedric dan Saka akan kembali selepas musim sejuk.

Adakah kita akan melihat aksi pemain baharu ditandatangani selepas rehat pertengahan musim?

Jendela perpindahan Januari yang merupakan jendela perpindahan kedua musim ini (musim sejuk), The Gunners telah menandatangani Cedric Soares secara pinjaman.

Namun beliau yang mengalami kecederaan hanya menjalani pemulihan setelah menyertai Arsenal.

Pun begitu, laporan Daily Star mendedahkan bahawa beliau kini semakin pulih dari kecederaan yang dialaminya.

Pemain kelahiran Jerman yang mewakili pasukan kebangsaan Portugal ini mengalami kecederaan sebelum melengkapkan perpindahannya ke Arsenal.

Dan beliau dijangka akan kembali cergas sejurus selepas berakhirnya musim sejuk.

Sama seperti Bukayo Saka, yang mengalami kecederaan di Turf Moor minggu lalu.

“Kami memutuskan untuk menggantikannya kerana dia tidak berasa baik,” kata Mikel Arteta selepas seri tanpa gol di Burnley.

Reiss Nelson dan Sead Kolasinac masih mengalami kecederaan ketika ahli skuad yang lain menjalani kem latihan musim sejuk di Dubai.

Mereka dijangka akan kembali apabila skuad itu kembali semula pada hujung minggu depan.

Gambar-gambar sekitar latihan di Dubai.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment