Chelsea Women, pasukan pertama mengatur corak latihan individu mengikut kesesuaian pemain.

Skuad bimbingan Emma Hayes ini mengatur sesi latihan individu mengikut kitaran haid para pemainnya, menurut laporan The Telegraph.

Initiatif berinovasi ini boleh membantu tahap prestasi para pemain selain mengurangkan peluang untuk mengalami kecederaan pada tisu lembut, seperti kecederaan ACL.

“Setiap sesi latihan berlandaskan apa yang dilakukan oleh pasukan lelaki, dari rehab, kekuatan dan keadaan fizikal serta taktikal,” kata Hayes.

“Tetapi bagi kami wanita melalui perkara yang berbeza berbanding lelaki setiap bulan.

“Kami perlu lebih memahami perkara ini kerana pendidikan di sekolah telah menggagalkan kami; kami tidak diajar mengenai sistem pembiakan kami.

“Ianya datang dari tempat di mana kami mahu lebih mengetahui mengenai diri kami, dan memahami bagaimana kami boleh meningkatkan prestasi kami.

Hayes telah menguruskan Chelsea Women sejak 2012, telah mendapat idea ini buat pertama kali tiga tahun lepas ketika menyaksikan pasukannya tewas perlawanan akhir Piala FA Wanita kepada Arsenal di Stadium Wembley pada

Pengurus berusia 43 tahun ini percaya pasukannya tidak boleh beraksi dengan tahap sebenar mereka keran kebanyakan daripada mereka menghampiri tempoh haid pada masa itu.

Dia sedang mengatur strategi dan taktikal untuk terus beraksi dengan baik dalam setiap baki perlawanan The FA Women’s Super League musim ini, seterusnya merampas kejuaraan liga dari skuad Arsenal Women.

Pasukannya masih belum tewas lagi dalam liga setelah melalui 14 perlawanan.

Chelsea Women berada di kedudukan kedua liga di belakang Manchester City, terpisah hanya satu mata dan juga masih mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Be the first to comment