Dani Ceballos bagaikan Cesc Fabregas.

Owen Hargreaves buat perbandingan Dani Ceballos dengan bekas pemain dan kapten Arsenal, Cesc Fabregas.
  • Dani Ceballos mempamerkan aksi padu dibahagian tengah ketika menentang Everton.
  •  Kawalan bola dan hantaran pantas ketika Arsenal ditekan oleh Toffees.
  • Bekas pemain tengah United, Owen Hargreaves menyaksikan ‘bayangan’ Cesc Fabregas dalam prestasi Ceballos.

Dani Ceballos terus mendapat kepercayaan Arteta untuk mengemudikan barisan tengah pasukan apabila bermula dalam kesebelasan utama ketika menentang Everton.

Kesebelasan permulaan Arsenal ketika menentang Everton.

Sebelum ini, pemain pinjaman dari Real Madrid itu turut diberi peluang untuk bermula dalam kesebelasan utama Arsenal ketika menentang Newcastle.

Arteta semenjak mengambil alih Arsenal baru menggunakan Ceballos sebanyak empat kali dengan dua aksi Liga Perdana Inggeris, sekali dalam saingan Liga Europa dan sekali dalam saingan Piala FA.

Daripada empat perlawanan tersebut, Ceballos bermula dua kali dalam kesebelasan utama walaupun tidak menghabiskan 90 minit penuh perlawanan.

Dan dua lagi perlawanan (saingan Europa dan Piala FA) beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.

Namun pada perlawanan menentang Newcastle, beliau mempamerkan aksi yang cukup memukau dan melayakkan beliau untuk bermula sekali lagi bersama pasukan utama The Gunners ketika menghadapi Everton.

Kesebelasan utama Arsenal menentang Newcastle.

Dan peluang yang diberikan itu tidak disia-siakan beliau apabila sekali lagi mempamerkan aksi jitu dan padu dibahagian tengah Arsenal.

Ceballos menunjukkan kecemerlangan dengan kawalan bola selain bekerja keras membantu Arsenal mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Everton.

Persembahan mantap dan padu Ceballos itu turut disedari oleh Owen Hargreaves.

Owen Hargreaves pernah beraksi untuk United pada 2007 sehingga 2011

“Dia seorang pemain berbakat, dia seperti Cesc Fabregas, walaupun tidak sebagus, tetapi seperti Cesc,” katanya kepada Premier League Productions.

“Persembahan cemerlang dia adalah ketika menentang Burnley, di mana Burnley tidak mempunyai banyak bola, dan Newcastle, yang juga tidak mempunyai banyak bola.

“Tetapi dia pergi ke Anfield dan benar-benar bergelut kerana keamatan (intensity) perlawanan.

“Arteta telah melakukan kerja dengan baik dalam mencari adunan yang sempurna dalam perlawanan yang tepat.” jelas Hargreaves lagi.

Sama seperti Eddie Nketiah di bahagian serangan atau Bukayo Saka di bahagian kiri, Dani Ceballos nampaknya telah memenangi tempatnya pada bahagian tengah dan pastinya kita tidak mempunyai sebarang keraguan dengan itu.

Dua pemain akademi berbakat sedang mencipta nama ketika ini.

Ceballos adalah seorang pemain teknikal yang sangat berbakat dan kita sebelum ini kekurangan pemain kreatif seperti beliau pada bahagian tengah untuk mencipta gerakan selain menyerap tekanan lawan.

Dengan prestasi Xhaka yang turut meningkat, kita mungkin menikmati permainan menghiburkan dengan bahagian tengah dilihat semakin padu!

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment