Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Digantung 5 tahun kerana menggigit anu.

Published

on

Seorang pemain bolasepak amatur dikenakan hukuman gantung lima tahun dalam aksi liga setempat di timur Perancis selepas perbuatannya menggigit kemaluan pemain lawan selepas perlawanan berakhir.

Kejadian berkenaan berlaku sebaik berakhirnya perlawanan divisyen dua antara Terville dan Soetrich dalam saingan liga setempat 17 Februari lalu.

Menurut laman web akhbar tempatan di Lorraine, pemain antara kedua-dua pasukan memulakan pergaduhan, sebelum seorang pemain Terville datang untuk meleraikan pertelingkahan itu.

Advertisement

Bagaimanapun, salah seorang pemain Soetrich memberi reaksi dengan menggigit kemaluan pemain yang cuba meredakan pergaduhan itu.

Mangsa menerima 10 jahitan dan terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari.

“Kejadian itu berlaku selepas perlawanan, di kawasan parkir kereta.

“Ia bermula dengan perang mulut sebelum melarat menjadi teruk,” kata wakil daerah bolasepak Mosellan, Emmanuel Saling.

Saling berkata, disebabkan kes berkenaan sangat luar biasa, jawatankuasa disiplin terpaksa memanggil saksi yang pakar sebelum membuat keputusan menggantung pemain Soetrich itu selama lima tahun.

Advertisement

Pemain Terville yang mengalami kecederaan itu digantung selama enam bulan.

Perlawanan berkenaan berakhir dengan kedua pasukan terikat 1-1 dengan Terville meraih mata pertamanya untuk musim berkenaan namun mereka dikenakan hukuman dipotong dua mata serta denda sebanyak 200 euro.

Advertisement