Dinos Mavropanos kekalkan clean sheet bersama Nurnberg

Konstatinos Mavropanos

Pemain pertahanan tengah Greece, Konstantinos Mavropanos sekali lagi mendapat clean sheet semasa beraksi bersama kelab Nurnberg.

Dia dipinjamkan ke kelab 2.Bundesliga tersebut pada Januari lepas sehingga hujung musim ini, bagi mendapat lebih banyak minit permainan.

Mavropanos membuat debut bersama Nurnberg ketika menentang Hamburg pada 30 Januari 2020, bermain penuh 90 minit namun tewas 4-1.

Dia berjaya mengawal benteng pertahanan pasukannya, mengelak daripada dibolosi dalam perlawanan keduanya menentang SV Sandhausen.

Nurnberg menang 2-0 dalam perlawanan ini.

Mavropanos sekali lagi mengekalkan clean sheet dalam perlawanan seterusnya menentang VfL Osnabruck, menang 1-0 hasil jaringan gol tandukan kapten pasukan, Hanno Behrens pada separuh masa kedua.

Pemain berusia 22 tahun ini memenangi 11 perebutan bola di udara. Rakan-rakan kesebelasannya utamanya yang lain membuat gabungan 13 kali menang perebutan bola di udara.

Dia juga membuat dua clearances, lima interceptions, dua bentesan dan tiada pihak lawan yang dapat menggelecek melepasinya. Dia juga melengkapkan 77% hantara bola, termasuk enam dari sembilan hantaran bola jauh.

Kemenangan dua kali berturut-turut ini membantu kelabnya untuk lompat ke tangga ke-12 liga, lima mata menjauhi dari zon penyingkiran. Ianya satu peningkatan yang baik, kerana Nurnberg berada di kedudukan kedua tercorot sebelum mula bermain menentang Sandhusen.

Diharap Mavropanos dapat meneruskan konsisten permainannya sekarang, selain cuba kembali ke tahap sebenarnya.

Perkembangan permainannya di Arsenal agak perlahan.

Walau mula mendapat peluang bermain dengan skuad senior pada hujung musim 2017/18 [musim terakhir Arsene Wenger sebagai pengurus kelab], namun terbantut kerana kecederaan dan Unai Emery jarang mahu menggunakannya.

Be the first to comment