Dua pemain senior St-Etienne memuji William Saliba

William Saliba

Mathieu Debuchy dan Yohan Cabaye memberi pujian tinggi terhadap pemain pertahanan tengah Arsenal itu yang dipinjamkan kembali ke St Etienne.

Arsenal melengkapkan perpindahan £27 juta untuk mendapatkan khidmat Saliba pada musim panas lalu, namun dia dihantar kembali ke kelab lamanya secara pinjaman sehingga hujung musim 2019/20.

Dua rakan sepasukannya, juga bekas pemain PL iaitu Mathieu Debuchy dan Yohan Cabaye kagum dan memberikan pujian terhadap kebolehan yang dimiliki oleh pemain remaja berusia 18 tahun itu.

STATISTIK WILLIAM SALIBA 2019/20



Jumlah perlawanan: 9
Menang: 5
Seri: 3
Kalah: 1
Clean Sheet: 5

“Dia seorang pemain yang bagus. Saya sungguh gembira untuknya kerana bermain untuk kelab yang besar seperti Arsenal pada musim hadapan,” Debuchy beritahu kepada The Official Ligue 1 Podcast.

“Kebolehannya meningkat setiap perlawanan dan saya rasa dia seorang pemain yang bagus. Dia pemain yang kuat dan mempunyai teknik yang bagus. Dia juga pantas.

“Saya rasa dia mempunyai banyak kualiti untuk bermain di Arsenal.

“Dia seperti sudah menjadi pemain dewasa , padahal baru berusia 18 tahun. Cara dia bermain, dia dan Wesley Fofana sungguh menakjubkan,” tambah Cabaye.

“Masa depan cerah untuk kedua mereka, dan saya harap mereka boleh terus berada di arah yang sama.

“Dia seorang pemain yang kuat dan harap dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Di sebuah kelab seperti Arsenal dengan pemain-pemain Perancis, saya rasa dia boleh melakukan dengan baik.”

William Saliba hanya membuat sembilan penampilan untuk St Etienne musim ini kerana mengalami dua kecederaan serius iaitu hamstring dan retak tulang metatarsal.

St Etienne tewas banyak perlawanan apabila Saliba tidak bermain, iaitu sebanyak 12 perlawanan dalam semua kejohanan berbanding tewas hanya satu perlawanan apabila dia bermain.

Bagaimanakah agaknya bentuk pertahanan Arsenal apabila dia kembali ke London pada musim hadapan? Harapnya ada peningkatan lagi setelah ketibaan Saliba (selepas dia menyesuaikan diri dengan corak permainan bolasepak Inggeris) nanti!.

Be the first to comment