En.Jimie the goat of scammer – part II (akhir).

Kisah ‘scammer’ bolasepak Malaysia yang pernah hangat tiga tahun lalu.

Penghujung tahun 2015, kemunculan Encik Jimie benar-benar menggegarkan dunia sukan bolasepak Malaysia terutamanya dikalangan peminat-peminat sukan ini.

Encik Jimie yang dikenali ramai sebenarnya mempunyai beberapa akaun Facebook untuk mewakili ‘watak’ dirinya dalam mengaburi orang ramai daripada mengecam dan mengenali siapakah dirinya yang sebenar.

Watak pertama Encik Jimie dengan akaun Facebook lain muncul pada tahun 2011 selaku penasihat kepada sesiapa yang ingin memantapkan badan (body).

Kemudian bermula pada tahun 2012, Encik Jimie muncul dengan watak sebagai pelajar yang masih menuntut ilmu kedoktoran diluar negara.

Encik Jimie begitu meminati sukan bolasepak dan sentiasa mengikuti perkembangan pasukan bolasepak di negeri kelahirannya, Kedah.

Encik Jimie sentiasa berhubung dengan kelab penyokong dalam memberikan nasihat dan pandangan mengenai apa yang patut dilakukan oleh kelab ataupun pasukan.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran (perubatan) Encik Jimie kembali ke kampung halaman selaku seorang doktor namun minatnya terhadap bolasepak tidak pernah pudar.

Kali ini Encik Jimie muncul dengan akaun Facebook yang lain.

Selaku doktor berkelulusan ‘Sport Medicine’, Encik Jimie menabur bakti di negeri kelahirannya, Kedah Darul Aman sambil membantu pasukan bolasepak negerinya (tidak jelas bagaimana dia mendakwa membantu pasukan Kedah).

Disinilah bermulanya akaun Facebook Encik Jimie dikenali dengan nama ENCIK JIMIE (sebelum tu, dia guna nama lain-banyak sangat).

Tahun 2016 bermula era karier Encik Jimie yang cukup gemilang.

Demi memenuhi minatnya yang mendalam terhadap bolasepak, beliau sanggup mengorbankan kariernya selaku doktor dan menerima pelawaan sebuah kelab ternama dunia iaitu AC Milan selaku pencari bakat (scout).

Karier Encik Jimie begitu pantas berkembang dimana dia kemudiannya ditawarkan menjadi jurulatih skuad akademi remaja AC Milan dengan kelayakkan yang dimilikinya.

Namun begitu, Encik Jimie sukar untuk membuang tabiat kasanovanya yang cukup sebati dengan dirinya yang sebenar.

Siapakah ENCIK JIMIE ini?

Pakar motivasi.

Kata-kata semangat dari Encik Jimie *(akaun lain) – April 2013.

Ketika ini Encik Jimie yang dikenali menggunakan nama watak yang terpaksa dirahsiakan dahulu kerana sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan (harap maaf 😉).

Ketika itu aku tidak mengambil peduli mengenai profile Facebook Encik Jimie, jadi aku tidak sempat untuk merakam profile Encik Jimie (print screen), malahan akaun Facebook itu juga telah pun dipadamkan.

Hanya Encik Jimie seorang sahaja yang tahu kenapa dipadamkan.

Berikut adalah kata-kata semangat yang dikirimkan oleh Encik Jimie melalui ‘private message’.

“Andai x ada rezeki utk ke Liga Super musim depan, kita cuba lagi .. Anggap tahun ni sebagai permulaan langkah untuk membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa depan ..

“Andai ada rezeki untuk ke Liga Super musim depan, Alhamdulillah .. In Sha ALLAH ..

“Jangan cepat melatah, fahamilah setiap pasukan memerlukan masa untuk dibentuk ..

“Ada pasukan yang ambil masa 2-3 tahun untuk dibentuk ..

“Ferguson sendiri ambik masa 5-6 tahun untuk bentuk Man Utd ..

“Teruskan kita sama-sama menyokong pasukan Kedah x kira di mana pun kita berada kerana kita adalah anak kelahiran negeri Jelapang Padi !”

Rekod keseluruhan Kedah pada musim 2013 dalam saingan Liga Premier yang menyaksikan skuad ini gagal untuk melayakkan diri ke Liga Super untuk musim berikutnya (2014).

Kedah sekadar menamatkan saingan dikedudukan keempat liga (Liga Premier 2013).

MusimDivisionPldWDLFADPtsPosPiala MalaysiaPiala FA
2013Premier League2213363819+19424thGroup stage2nd round

Menariknya, kata-kata semangat Encik Jimie ini dikeluarkan pada awal bulan April dimana pusingan pertama Liga Perdana baru sahaja selesai 11 perlawanan.

Seolah-olah Encik Jimie begitu memahami dan mengetahui akan prestasi pasukan Kedah ketika itu.

Prestasi Kedah ketika itu (pusingan pertama Liga Perdana / selesai 11 perlawanan) hanya mengumpul 19 mata hasil enam kemenangan, satu seri dan empat kali tewas.

Empat tahun sebelum (sebelum 2017) – kira-kira 2013

Aku bawakan nasihat dan pandangan Encik Jimie yang dilontarkan olehnya empat tahun yang lalu.

EMPAT TAHUN yang lalu…ok.

“Sbagai anak Kedah yg berada di luar ngara, sy rsa terkilan x blh pi SDA tgk kenari kita beraksi ..

“Bru2 ni blk sat ke Kedah, dan jgk lps rindu pi SDA tgk game Kedah lwn Pos ..

“Setiap kali sy blk Kedah, x kira cuaca, x kira main cantik ke dak, sy mmg pi SDA smpai mak pun hingaq, suruh bwk bantal tilam pi tdoq di SDA ..

“Msa zmn Jan Janostak import Kedah dulu, ayah selalu bwk sy pi SDA .. Dri situ timbul rsa x berbelah bahagi utk sokong kedah ..

“Bila dok di tmpt org ni, rsa seronok sgguh blh dgq live streaming lah, mcm2 lg ..

“Tahniah dan terima kasih diucapkan pd semua pihak yg trlibat utk bantu beri mklumat pd kita semua ..

“Akibat x blh pi SDA dgn selalu, sy ambik inisiatif lain utk support kedah .. di luar negara, sy sering bertanya org2 sna mcm mana cara depa btk team depa .. ada masa trluang, sy tgk permainan pasukan di liga depa di siaran tv ..

“Hasil drpd perbualan sy dgn org sna, kbykkan depa mengatakan disiplin plg penting utk membentuk pasukan yg kuat .. Ada juga yg kata, struktur kejurulatihan tu prlu diperluaskan lg ..

“Di sni sy nak bg cadangan sikitlah .. apa yg dikatakan struktur kejurulatihan perlu diperluaskan tu?

“Ianya berkaitan dgn sistem pencarian bakat .. Di sna setiap pasukan ada “scout” iaitu individu yg brtggungjwb mncari bakat2 baru di seluruh pelusuk daerah tu shgga budak yg berumur 7 tahun pun individu ni berjaya serapkan dlm pasukan akademi mereka ..

“Jd sy cadangkan pasukan kita boleh cuba wujudkan scout ni .. iaitu individu yg sgt berpengetahuan luas patut diberi jwtn ni dan tugasnya ialah pd setiap hari, masuklah mana2 kampung, mana2 tmpt, mana2 pelusuk di negeri kita utk cari bakat2 muda yg blh diketengahkan ..

“Tiap2 ptg org main bola di pdg, individu ni pi tgk dan nilai siapa yg boleh diketengahkan ..

“Teruskan buat mcm ni shgga selesai jelajah seluruh negeri kedah dan pd tahun depan, mulakan kembali menjelajah spaya tiap2 tahun, kita x trlps lgsg anak muda yg berbakat ..

“Kalau kita nak harapkan pemilihan di sekolah je, kemudian dri sekolah pulak boleh wakil daerah dan negeri, sy rsa sistem ni patut diubah ..

“Sbab ada stgh cikgu msa buat pemilihan, depa pilih bulu lah, apa lah .. ada jugak pelajar2 yg berbakat tp x dipilih, ada jgk yg x hadir sesi pemilihan krn mslh trtentu ..

“Jd bakat2 mcm ni takkan trlps sekiranya kita ada scout yg turun pi tgk semua rkyt kedah main bola di pdg, di gelanggang futsal, di dlm bendang kering kaa, di atas batas tat kaa apa kaa ..

“Kemudian bakat yg ditemui tu, kita latih sendiri di akademi kita .. jgn hntq pi sekolah sukan sbb biarlah kita didik sndiri pemain kita .. seeloknya klo pihak kerajaan negeri blh upgrade akademi lg bguih ..

“Sy prcaya dgn adanya scout ni, tiap2 tahun kita ada pemain yg boleh diketengahkan … Skuad belia kaa, skuad presiden kaa, bahkan skuad liga pun takkan ketandusan bakat ..

“Untuk masa depan yg gemilang, biarlah kedah bersusah dahulu .. Esok lusa ramai pemain kita mewakili negara ataupun dipikat oleh kelab2 luar negara, sy percaya sistem ini suatu hari nanti akan dipakai oleh pasukan lain di negara kita .. sekadar cadangan sy shaja ..”

Begitulah pandangan dan cadangan hebat Encik Jimie yang aku sifat jauh kehadapan.

Encik Jimie… aku merindui mu…

Encik Jimie – Catch Me If You Can

Pseudosains bermaksud kepalsuan atas nama sains dan sebutan betul perkataan bagi pseudosains adalah ‘su.do.sains’ (silentkan huruf ‘P’).

Umum telah mengetahui bahawa ‘dirinya’ adalah seorang doktor (doktor tipu) kemudian menjadi ‘scout’ untuk kelab terkemuka dunia – AC MILAN.

Salah satu penipuan yang diceritakan ataupun direka oleh ENCIK JIMIE.

Import Kedah dalam ‘radar’ kelab terkemuka dunia. 

Itulah tajuk yang pasti mengembirakan penyokong-penyokong Kedah (tak tahulah sekang gembira ke terbakar) yang pernah ‘dicipta’ pada tahun lepas (2016).

Latest scouting planning of AC Milan confirmed :

1. Sea Games one scouter.

2. AFF U16 one scouter.

3. EURO U17 eight scouters.

4. EURO 2016 twenty three scouters.

5. Olympic Games eleven scouters.

6. ACL Knockout Round five scouters.

7. AFC Knockout Round three scouters.

8. Liridon Krasniqi. Second phase of scouting period for four months one scouter.

9. Hafizul Hakim. The club wish him all the best in the future. Due to the problem that the club is having a lots of young keepers at the moment, therefore the club decided not to do further scouting process towards him.

10. NFDP Tour one scouter.

AC Milan mempunyai major scouting staff seramai 80 orang. Scouter yang tidak terlibat di dalam perancangan yang telah disahkan ini, akan tetap teruskan tugasan travelling seperti biasa melakukan scouting mengikut list senarai pemain yang berada di dalam radar kelab. Juga melakukan scouting pencarian bakat yang lain untuk dimasukkan ke dalam sistem teknologi kelab.

23 Apr 2016 — Encik Jimie

Kini… Encik Jimie telah menghilang… di manakah dia?

Antara profile terakhir sebelum terkuburnya Encik Jimie.

Encik Jimie jurulatih skuad akademi remaja AC Milan
Encik Jimie menjadi scout AC Milan.
Encik Jimie AC Milan: Kredit foto: The Sukan

Jika mahukan hiburan bolehlah ke laman En Jimie Fans.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment