Connect with us

En.Jimie

En.Jimie the goat of scammer.

Published

on

Kisah ‘scam’ terhebat dunia bolasepak Malaysia.

Artikel mengenai En.Jimie ini pernah aku tulis pada tiga tahu yang lalu, iaitu sekitar awal tahun 2017.

Setiap kali aku membaca berita mengenai AC Milan, pasti kisah En.Jimie ini akan muncul menguasai pemikiranku.

Betapa hebatnya kisah En.Jimie yang mampu memperdayakan peminat sukan bolasepak Malaysia termasuklah beberapa individu ternama dalam arena sukan tanahair.

Advertisement

Kini genap tiga tahun mengenai tulisan aku yang menceritakan kisah En.Jimie, namun sayangnya tulisan tersebut tidak lagi berada dilaman sesawang yang pernah aku kelolakan.

Pun begitu, aku menerbitkan kembali coretan aku mengenai kisah En.Jimie ini untuk tatapan kalian semua, terutamanya pembaca MyGooners.

Nota: Ini adalah tulisan aku tiga tahun lalu dan aku olahkan sedikit bagi memberi kesegaran dalam penulisan aku sendiri dan aku memohon maaf kerana ada gambar ataupun screenshot antara aku dan Jimie ini telah tiada – hilang.

Encik Jimie – Pengenalan
Gambar profil Encik (En.) Jimie pada awal kemunculannya.

DUNIA sukan bolasepak Malaysia khususnya dikalangan pemina sukan nombor satu ini pasti mengenali nama ENCIK JIMIE atau sekurang-kurangnya pernah mendengar kisah En.Jimie, melainkan anda bukanlah peminat sukan bolasepak tanahair.

Namun, tiada siapa yang benar-benar mengetahui siapakah sebenarnya ENCIK JIMIE ini (kecuali insan-insan tertentu sahaja)

Advertisement

Bagi yang baru mengenali ENCIK JIMIE ini, mungkin hanya mengetahui akan kewujudan individu ini sekitar tahun 2015-2016.

Namun sebenarnya ENCIK JIMIE ini dikesan wujud atau bergiat aktif di dalam Facebook sekitar tahun 2013 lagi dengan menggunakan nama akaun Facebook yang lain (bukan ENCIK JIMIE).

En.Jimie bercakap bersama ‘Jimie’

Aku percaya, En.Jimie mempunyai beberapa akaun Facebook yang dikendalikan oleh dirinya sendiri namun menggunakan perwatakan lain dan ini adalah bagi memastikan akaun facebook En.Jimie ini seolah benar-benar wujud (real person).

Ciri-ciri En. Jimie

Advertisement

Tidak dapat dipastikan mengapa dan kenapa Encik Jimie menggunakan latar belakang sebagai seorang DOKTOR dan juga PAKAR BOLASEPAK.

Encik Jimie taksub dengan kerjaya sebagai DOKTOR.

Mungkin yang mengenali akaun Facebook dengan nama ENCIK JIMIE mengenali individu ini dengan latar belakang dirinya sebagai seorang DOKTOR sebelum mengenalinya menjadi seorang pencari bakat serta jawatan beliau yang terakhir (setakat aku mengenalinya) adalah jawatan Jurulatih Skuad Remaja AC Milan.

Bukan calang-calang En.Jimie ni… seorang rakyat Malaysia yang berjaya menempatkan diri di salah sabuah kelab ternama Eropah.

Advertisement

Pun begitu, sebelum dikenali dengan akaun ENCIK JIMIE, beliau telah membuat penampilan awal di dalam dunia bolasepak sekitar tahun 2013 dengan nama akaun Facebook yang lain, dimana ‘individu ini’ merupakan seorang ‘pelajar perubatan’ yang berada diluar negara namun begitu meminati bolasepak.

Individu ini (menggunakan nama akaun Facebook lain) banyak memberikan idea-idea dalam pembangunan bolasepak terutama untuk pasukan KEDAH.

Tidak dinafikan ilmu-ilmu mahupun fakta-fakta mengenai bolasepak yang dikemukakan oleh ‘individu’ ini banyak mempengaruhi peminat-peminat bola sepak dan sememangnya perkara-perkara yang diberikan En.Jimie mempunyai asas dan boleh dipercayai.

Namun sayangnya semua ini adalah mainan individu yang bersembunyi disebalik ‘watak’ ciptaan ataupun direka oleh dirinya sendiri.

Advertisement
Encik Jimie : Doktor Jimie

Penampilan awal yang membuatkan ramai mengenali individu misteri ini, Encik Jimie merupakan seorang doktor dengan gambar profile di Facebook seperti berikut.

This image has an empty alt attribute; its file name is jimie.png

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah watak ini?

Dimanakah gambar ini diambil?

Dari pencarian aku melalui Googel Image, aku hanya berjaya menemui dua sumber yang digunakan oleh Encik Jimie sebagai profile Facebook dirinya.

Pencarian pertama, aku menemui gambar profile dirinya berkemungkinan diambil dari profile pengguna Twitter yang menggunakan nama Doctor Intxaustegui.

Follow @DrIntxaustegui

Pada profile Doctor Intxaustegui hanya mempunyai 97 pengikut namun aku yakin bahawa Encik Jimie bukanlah seorang pengguna laman sosial Twitter memandangkan tiada profile yang membawa aku kearah Encik Jimie (daripada 97 follwer Doctor Intxaustegui).

Cubaan carian aku pada laman sosial facebook juga tidak menemui sebarang pengguna berprofilkan Doctor Intxaustegui.

Advertisement

Aku hanya menemui image yang digunakan oleh Doktor Jimie (Encik Jimie) tersebut padan dengan image yang digunakan oleh pengguna akaun Twitter tersebut (Doctor Intxaustegui).

Hasil pencarian kedua aku melalui Google Image juga menemui gambar profile yang digunakan oleh Encik Jimie ini terdapat pada laman Prezi.

Laman yang menceritakan mengenai bidang perubatan namun menggunakan atau diterbitkan oleh pengguna tersebut dalam/menggunakan bahasa Sepanyol.

Diterjemahkan menggunakan Google Translate.

Transcript of EXPLORATION TECHNIQUES

CARDINAL EXPLORATION TECHNIQUES

Advertisement

ADAPTATIONS OF THE INTERVIEW TO SPECIAL SITUATIONS

CARDINAL EXPLORATION TECHNIQUES

Transcript of EXPLORATION TECHNIQUES

INSPECTION

Advertisement

PALPATION

PERCUSSION

Thirsty

Position

Advertisement

AUSCULTATION

CAREFUL REMARK OF THE DETAILS

ASPECT, BEHAVIOR AND MOVEMENT

OF THE PATIENT AS A FACIAL EXPRESSION, STATUS

Advertisement

ABORTION, BODY HABIT AND PHYSICAL FORM

Jadi kesimpulan yang aku buat, individu (Encik Jimie) ini merupakan seorang yang begitu taksub terhadap doktor dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu perubatan secara online.

Kenapa Encik Jimi begitu taksud mengenai DOKTOR?

Hasil risikan aku, En.Jimie merupakan salah seorang yang pernah bekerja atau menjawat peranan sebagai pembantu perubatan, di Sabah.

Encik Jimie – The Inspiring

Walaupun aku mengetahui akan penipuan siapakah identiti sebenar Encik Jimie, namun ilmu yang diberikan oleh individu ini boleh dikatakan ‘agak superb’ cuma aku agak terkilan kenapa dia sanggup menipu identiti sebenar dirinya disebalik staff AC Milan.

Selain menipu mengenai identiti dirinya, Encik Jimie juga mempermainkan perasaan peminat bolasepak tempatan terutama penyokong dan peminat bolasepak Negeri Kedah, Penyokong AC Milan Malaysia dan juga beberapa individu ternama dalam arena bolasepak Malaysia.

Advertisement

Hebat bukan Encik Jimie ni.

Berikut adalah status Encik Jimie pada sekitar awal tahun 2016 mengenai cadangan dan saranan dia terhadap pasukan Kedah.

“Encik jimie tue ker yg nak bawa striker umur 18, dgr kata dia dpt offer dari ac milan utk bimbing skuad muda milan,katanya skuad utama” [ 24-04-2016: 07:04 PM ] – petikan komen salah seorang peminat Kedah.

Ketika ini  Encik Jimie masih belum menjadi staff AC Milan dan masih berkhidmat sebagai doktor (doktor tipu).

Individu ini (Encik JImie) sebenarnya juga berjaya memberi inspirasi kepada sesetengah peminatnya melalui posting yang ditampalkan pada wall Facebooknya dengan kata-kata motivasi.

Advertisement

Begitulah hebatnya permainan Encik Jimie ini.

Aku akan bongkarkan kisah seterusnya Encik Jimie ini dalam posting akan datang. (masa artikel ni ditulisla…3 tahun lalu).