Connect with us

Arsenal

Gangster ancam bunuh Ozil di luar rumah dan menghina ibunya.

Published

on

Dua lelaki telah dituduh mengancam untuk membunuh Mesut Ozil dan menghina ibunya di luar rumah bintang Arsenal, sesi pendengaran mahkamah.

Pengawal keselamatan Ozil memberikan bukti di mahkamah mendedahkan apa yang berlaku di luar rumahnya di Utara London pada awal musim.

Salaman Ekinci dan Ferhat Ercun, kedua-duanya berusia 27 tahun, menafikan bertindak dengan cara mengancam atau kasar di luar rumah Ozil.

Ferhat Ercun (kiri) Dan Salaman Ekinci (kanan) Tiba Di Mahkamah Majistret Highbury Corner Di London

Ozil bertindak mengupah pengawal keselamatan peribadi berikutan serangan yang tidak berkaitan yang terjadi pada minggu sebelum kejadian itu, dimana kumpulan gangster cuba merompak beliau dan rakan sepasukannya, Sead Kolasinac.

Mesut Ozil telah mengupah firma keselamatan So Solid Security Services (kanan, Onder Aydemir, bos firma itu) untuk menjaga kediaman bernilai £ 9 juta selepas dia dan rakan sepasukannya, Sead Kolasinac terlibat dalam insiden cubaan merompak ke atas mereka.

Laporan BBC mengatakan bahawa salah seorang pengawal keselamatan, Kemil Sezer memberitahu mahkamah bahawa defenden memaki dalam bahasa Turki, menghina mereka dan ibu Ozil.

Sezer dipetik sebagai berkata bahawa lelaki itu, “akan kembali dalam masa lima minit dan jika pihak keselamatan tidak pergi dari sini, kami akan membunuh Mesut Ozil dan membunuh anda”.

Advertisement

Pengawal keselamatan itu itu turut menambah dia dan seorang lagi pengawal keselamatan ” berasa marah kerana Mesut Ozil, kira-kira dua hingga tiga minggu sebelum itu, diserang dan kami takut bahawa perkara yang sama akan berlaku”.

They swore in Turkish, saying ‘f*** your mothers, we’re going to f*** Mesut’s mother and we’re going to come back in five minutes and if security don’t go from here, we’re going to kill Mesut Ozil and kill you’.

We started chasing them … we got angry because Mesut Ozil, about two to three weeks prior, was attacked and we feared that the same thing would happen.”

Defendan ditahan ketika mereka kembali ke kediaman Ozil untuk kali ketiga sebelum pengawal keselamatan itu menahan mereka dan memanggil polis.

Advertisement

Kedua-dua lelaki itu menafikan pertuduhan menggunakan kata-kata atau kelakuan yang mengancam, menghina atau tindakan menyebabkan gangguan, kekecohan atau kesusahan.

Perbicaraan bersambung.

Kejadian cubaan merompak Mesut Ozil dan Sead Kolasinac.
Kolasinac berjaya mematahkan cubaan gangster yang mahu merompak beliau dan Ozil.
Ozil berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan setelah tiba di restoran Turki.