“Gareth Bale gembira dengan hidupnya” ejennya yakin pemain Wales ini akan kekal di Madrid sehingga tamat kontraknya.

Gareth Bale dan Zinedine Zidane

Jonathan Barnett, ejen kepada Gareth Bale, yakin pemain antarabangsa Wales ini akan kekal di Madrid dalam dua tahun terakhir kontraknya.

Bale menjadi subjek perbualan perpindahan ke Tottenham Hotspur pada Januari lepas, namun perpindahan tersebut tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan Spurs.

Dia juga mengatakan bahawa tiada masalah dalam hubungan Bale dengan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Bale menjadi penonton ketika Real Madrid menentang Real Sociedad dalam perlawanan suku akhir Copa del Rey semalam, namun kelabnya itu tumpas 4-3 walau bermain di laman sendiri.

Dia dilihat meninggalkan stadium lebih awal sebelum perlawanan tamat.

Barnett memberitahu Cuatro (media televisyen Sepanyol): “Saya rasa dia akan berada di sana sekurangnya dua tahun lagi, jadi tiada apa yang hendak dirisaukan.

Dia juga menambah yang Bale dalam keadaan yang baik, gembira dengan kehidupannya dan semuanya bagus.

“Saya rasa orang lain yang risau ni. Saya fikir En Zidane dan En Bale mempunyai hubungan yang sangat bagus sekarang.”

Bale hanya membuat 15 penampilan dalam semua kejohanan untuk the Los Blancos musim ini, menjaringkan tiga gol sahaja (dua gol La Liga, satu gol Copa del Rey), dan kerap keluar masuk skuad perlawanan Zidane.

Dia sudah semestinya mahu kerap bermain bagi memastikan dirinya cergas untuk persiapan membantu negaranya dalam saingan EURO2020 nanti.

Be the first to comment