Giliran Chelsea ‘diayamkan’ Gnabry selepas Spurs.

“London still red” selepas “North London is red” – Serge Gnabry

Serge Gnabry meledak dua gol untuk membawa Bayern Munich semakin hampir ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) ketika membenam Chelsea 3-0 malam tadi.

Perlawanan pertama peringkat 16 terakhir UCL di Stamford Bridge itu menyaksikan skuad kendalian Frank Lampard layu dibenam gergasi Jerman.

Keputusan perlawanan Liga Juara-Juara malam tadi.

Sebelum ini, Gnabry pernah membantu Bayern membelasah Tottenham Hotspur dengan menjaringkan empat gol ketika mencatatkan kemenangan besar 7-2 di utara London awal musim ini.

Dan bekas pemain Arsenal yang berasal dari Jerman itu sekali lagi kembali ke ibu kota England dan mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan.

Selain membawa pasukannya (Bayern) semakin hampir ke peringkat seterusnya, Gnabry juga menyebabkan Chelsea kini semakin hampir disingkirkan dari saingan tersebut.

Rekod pertemuan Bayern di London.

Perjalanan karier Gnabry bukanlah sesuatu yang mudah sebelum menjadi pemain yang dikenali ketika ini.

Beliau menyertai Arsenal pada usia 16 tahun (2011) dan meninggalkan Emirates lima tahun selepas itu.

Bersama Bayern selepas menghabiskan semusim bersama Werder Bremen, beliau kini semakin mencipta nama dan dua jaringan dalam tempoh tiga minit pada perlawanan malam tadi meletakkan skuad kendalian Hansi Flick berada dikedudukan selesa untuk mara ke kelompok lapan terakhir.

Robert Lewandowski memberikan Bayern gol ketiga sebelum pertahanan Chelsea, Marcos Alonso dibuang padang pada minit ke-83.

North London is RED selepas membenamkan musuh tradisi Arsenal.

Chelsea perlu mencari satu lagi keajaiban di Munich pada perlawanan kedua 18 Mac ini untuk menukar defisit di Allianz Arena, tempat mereka menewaskan kelab Jerman itu pada final Liga Juara-Juara 2012.

“Saya ada ramai kawan di sini.

“Ramai antara mereka berada di tempat duduk dan saya rasa mereka memberikan saya kekuatan yang bagus,” kata Gnabry kepada BT Sport.

London is RED selepas membenam Chelsea.

“Tiga gol sepatutnya memberikan kami lebih keyakinan.

“Tapi kami perlu bersedia untuk pusingan kedua dan kami perlu lebih serius.

“Kami lihat tahun lalu ketika Liverpool menewaskan Barcelona, kami tahu perlu berhati-hati dan fokus.”

About MyGooners 887 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment