Giroud teruja dengan Gnabry ketika aksi menentang Chelsea

Kedua-dua bekas pemain Arsenal bertembung dalam aksi saingan Liga Juara-Juara peringkat 16 terbaik.
  • Serge Gnabry menjaringkan dua gol untuk menghancurkan harapan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara.
  • Penyerang Perancis itu memuji bekas pemain sayap Arsenal untuk aksi cemerlang dan kemajuan yang ditunjukkan.
  • Gnabry adalah pemain yang berbeza ketika berusia 16 tahun dan telah berkembang dengan lebih baik, kata Giroud.

Olivier Giroud dan Serge Gnabry, kedua-dua mereka tidak lagi bermain untuk Arsenal tetapi kedua-dua mereka pasti mempunyai kenangan ketika masih berada di Emirates.

Selepas perlawanan Chelsea dan Bayern Munich, yang menemukan mereka berdua, Giroud telah menghembur pujian kepada pemain berusia 24 tahun itu yang menjaringkan dua gol untuk membantu Bayern membenam Blues, 3-0.

Pemain sayap itu gagal menempa nama dan merebut tempatnya di Emirates, serta tempoh pinjaman yang mengecewakan di West Bromwich Albion.

Bagaimanapun, kata-kata Giroud itu juga menjelaskan dimana Gnabry masih tidak matang dalam kehidupannya sebagai pemain bolasepak profesional sketika berada di Utara London.

Giroud dipetik oleh football.london sebagai berkata: “Saya berkata kepadanya, saya gembira kerana dia bermain bersama Arsenal ketika berusia 16 tahun,” kata penyerang veteran itu.

“Pada usia 16 tahun, dia tidak cukup matang tetapi jelas pada 16 [usia] tidak ramai pemain yang mampu, tetapi prestasi dia bertambah baik.

” Cara dia bermain bertambah baik dan sangat menakjubkan.

“Dia beraksi cemerlang untuk dua atau tiga tahun sekarang.

“Saya gembira kerana dia seorang pemain yang baik, dia layak dan berusaha keras, ia bagus untuknya.”

Gnabry, kini berusia 24 tahun, telah menyumbang 16 gol dan sembilan bantuan gol dalam Bundesliga dan Liga Juara-Juara musim ini.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment