Connect with us

Borussia Dortmund

Haaland tampil bergaya, sebaris pemain termahal dunia.

Published

on

Pemain sensasi Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland jaringkan dua gol bantu kelab atasi Paris Saint-Germain.

Haaland, 19 tahun dibawa masuk ke Dortmund pada 29 Disember 2019 dengan nilai perpindahan yang dilaporkan berada sekitar €20 juta dari Red Bull Salzburg.

Beliau sebelum itu memulakan karier awalnya bersama kelab Bryne FK pada 2016, dan berpindah ke Molde FK pada tahun berikutnya, di mana beliau menghabiskan dua tahun bersama kelab Norway itu.

Selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia U-20 FIFA 2019, di mana beliau memenangi Golden Boot, Haland membuat debutnya untuk pasukan senior Norway pada September 2019.

Advertisement

Dalam Liga Juara UEFA 2019-20, beliau menjadi pemain remaja pertama untuk menjaringkan lima perlawanan berturut-turut dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Bertemu Paris Saint-Germain (PSG) pagi tadi, beliau terus mencipta kejutan dengan menjaringkan dua gol bagi membantu Dortmund mengatasi pasukan Perancis itu.

Dortmund berjaya menewaskan PSG pada perlawanan pertama pusingan 16.

Kecemerlangan pemain muda kelahiran Leeds itu pagi tadi menenggelamkan dua pemain termahal dunia yang terut beraksi pada perlawanan tersebut.

Dormund memiliki tiga pemain kelahiran England.

Kylian Mbappe dan Neymar, dua pemain termahal di dunia yang berjumlah 402 juta euro (digabungkan) dari PSG gagal mengatasi penyerang prolifik, Erling Braut Haaland ketika pemain muda itu membantu kemenangan Dortmund.

Mungkin gandingan dua pemain termahal di dunia yang dimiliki PSG akan menampilkan perbezaan pada saingan kedua nanti dan membawa kelab Perancis itu tempat ke suku akhir buat pertama kali dalam empat musim.

Namun Dortmund juga bukanlah pasukan picisan yang mampu dijinakkan dengan mudah oleh PSG.

Advertisement
Suasana di Signal Iduna Park, menyambut kedatangan PSG.

Pada perlawanan pagi tadi, Kylian Mbappe mengumpan bola untuk Neymar menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan Haaland pada babak kedua perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park.

PSG tampak seakan-akan meninggalkan Jerman dengan kelebihan setelah terikat 1-1.

Bagaimanapun pada minit ke-77, Haaland menerima bola daripada pemain simpanan Giovanni Reyna sebelum meledak dengan kaki kiri seterusnya memberikan kelebihan buat Dortmund pada perlawanan kedua di Paris pada 11 Mac.

“Dia memang seorang penjaring gol, dia berusia 19 tahun, dia ada bakat yang hebat,” kata rakan sepasukan, Axel Witsel mengenai Haaland, yang semakin menyinar apabila menjaringkan sembilan gol buat Norway dalam satu perlawanan pada Piala Dunia Bawah 20 Tahun.

“Masih banyak ruang buatnya meningkat tapi dia sudah berada di landasan untuk menjadi pemain terhebat.”

Haaland menjadi pemain terbaik perlawanan.

Advertisement