
Mahu mengucapkan terima kasih kepada The Gunners kerana cinta mendalamnya terhadap kelab.
Pemain kegemaran peminat dan penyokong Arsenal mengakui kegagalan mengucapkan selamat tinggal merupakan ‘satu kesakitan’ yang tersisa di dalam dirinya.

Santi Cazorla, 35 tahun mengakui bahawa hakikatnya dia tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Arsenal di padang (beraksi perlawanan terakhir – perpisahan) masih kekal sebagai satu kesakitan dalam dirinya.
Pemain tengah ini menghabiskan masa tujuh tahun bersama The Gunners, setelah dibawa masuk dari Malaga pada musim panas tahun 2012 dengan nilai perpindahan dilaporkan bernilai £ 10 juta.

Beliau telah membuat 180 penampilan dalam semua pertandingan untuk The Gunners, memenangi dua Piala FA dan dua Piala Perisai Komuniti serta aksi persembahan beliau sentiasa memukau membuatkan dirinya menjadi pujaan peminat.
- FA Cup: 2013–14, 2014–15
- FA Community Shield: 2014, 2015
Namun kecederaan tempoh yang lama dan panjang yang dihadapinya sehingga berakhirnya kontrak beliau menyebabkan dirinya gagal untuk membuat penampilan terakhir sebelum dia dilepaskan dan menyertai Villarreal dalam perpindahan percuma pada 2018.
Musim | Kelab | Kecederaan |
Dari | Sehingga |
Hari |
Perlawanan terlepas |
---|---|---|---|---|---|---|
19/20 | Villarreal | Sprained ankle | Nov 28, 2019 | Dec 17, 2019 | 19 hari | 3 |
16/17 | Arsenal | Ankle Surgery | Oct 20, 2016 | Jun 30, 2018 | 618 hari | 103 |
15/16 | Arsenal | Achilles Irritation | Mar 7, 2016 | Apr 21, 2016 | 45 hari | 8 |
15/16 | Arsenal | Knee Injury | Nov 30, 2015 | Mar 7, 2016 | 98 hari | 20 |
13/14 | Arsenal | Ankle Injury | Sep 12, 2013 | Oct 17, 2013 | 35 hari | 7 |
09/10 | Villarreal | Tear in the abductor muscle | Jan 28, 2010 | Mar 1, 2010 | 32 hari | 7 |
08/09 | Villarreal | Fibula Fracture | Apr 6, 2009 | May 28, 2009 | 52 hari | 10 |
JUMLAH | 158 |
Kecewa kerana tidak pernah dapat bermain di depan peminat Arsenal sebelum pemergiannya, Cazorla mengakui perkara tersebut begitu sukar untuk dilupakannya.
“Ia adalah satu kesakitan yang sangat teruk, yang saya tidak tahu sama ada saya boleh melupakannya,” katanya.
“Saya harap saya dapat bermain di sana [Stadium Emirates] untuk mana-mana pasukan dan berterima kasih kepada mereka [peminat dan penyokong Arsenal] kerana cinta yang mereka selalu tunjukkan kepada saya yang tidak pernah putus.
“Musim panas lalu terdapat pilihan untuk bertanding dalam Piala Emirates, tetapi pada akhirnya, ia tidak berlaku dan ia amat memalukan.
“Saya harap pintu sentiasa terbuka untuk saya [beraksi di Stadium Emirates]. ” jelasnya kepada Marca.
Mampukah Cazorla beraksi di Stadium Emirates sebelum bersara?
Atau adakah peluang beliau beraksi untuk perlawanan persahabatan ataupun apa-apa perlawanan di Stadium Emirates, di depan penyokong dan peminat the The Gunners?
Kontrak beliau bersama Villarreal akan berakhir pada penghujung musim ini dan dengan umur 35 tahun ketika ini, adalah sukar untuk beliau beraksi dalam pasukan ternama.
Namun ianya juga tidak mustahil untuk melihat beliau beraksi dalam tempoh setahun dua lagi.
But it’s clear for me that, aside from trophies, the best thing is the love that I receive each week in every stadium and that will be the best thing that stays with me.
— Santi Cazorla.