Hari ini dalam sejarah, Arsenal di jemput ke Istana Buckingham

Pada hari ini, 13 tahun lalu, Queen Elizabeth menjadi tuan rumah kepada Arsenal di Istana Buckingham.

Beliau menjadi raja pertama untuk menerima pasukan bolasepak di Istana Buckingham dan Arsenal juga merupakan kali pertama melawat istana tersebut.

Pada 15 Februari 2007, Ratu Elizabeth (93 tahun ketika ini) berusia 81 tahun ketika itu menerima dan bertemu dengan pasukan Arsenal yang dibimbing oleh Arsene Wenger di istana rasminya.

Susulan daripada jemputan ke istana tersebut, media mendedahkan dimana Ratu Elizabeth merupakan peminat Arsenal lebih dari 50 tahun.

Malah seluruh keluarga diraja itu merupakan peminat dan penyokong The Gunners, dengan mendiang ibunya dan juga cucunya, Harry juga merupakan peminat pasukan Arsenal.

Pemain tengah The Gunners, Cesc Fabregas ketika itu baru berusia 19 tahun menerima tajuk utama dalam laporan media Inggeris apabila Ratu Elizabeth dilihat berbual dan bercakap dengannya mengenai Raja Juan Carlos dari Sepanyol.

Fabregas memberitahu radio Sepanyol: “Nampaknya Ratu mengikuti bolasepak dan beliau memberitahu kami dia peminat Arsenal.

“Beliau mengenali saya dan kami bertukar beberapa perbualan istimewa.”

Jemputan ke Istana Buckingham oleh Ratu Elizabeth dipercayai dibuat ratu itu selepas beliau kecewa kerana gagal hadir untuk merasmikan pembukaan Stadium Emirates ekoran kecederaan belakangnya.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment