Iker Casillas mahu bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol.

Presiden Porto, Jorge Nuno Pinto da Costa mengesahkan Iker Casillas ada memberitahunya bahawa dia ingin bersara dari bermain bola sepak.

Casillas juga mengumumkan bahawa dia ingin bertanding bagi merebut jawatan presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol.

Dia tidak bermain sebarang perlawanan bolasepak sejak sembilan bulan lepas selepas mengalami serangan jantung.

“Saya sangat gembira. Casillas mempunyai sifat yang menyentuh hati saya, kerana dia hadir ke Porto untuk makan tengah hari bersama saya sebelum memberitahu mengenai perancangannya untuk bersara dan mula bertanding untuk jawatan tersebut,” kata Jorge.

“Dia mempunyai karier yang hebat, kerana dia hanya pernah bermain untuk dua kelab, dan kita tahu dia sangat menyayangi kedua-dua kelab ini.”

Casillas telah menjadi perantara di antara skuad utama dan badan lembaga pengarah di Porto sejak mengalami serangan jantung di sesi latihan pada Mei tahun lepas.

KARIER IKER CASILLAS DI FC PORTO (Julai 2015 – Februari 2020)



Penampilan: 156
Gol bolos: 116
Clean Sheet: 74

Kejuaraan dimenangi:
1x Juara Liga Portugal (2017/18)
2x Juara Piala Super Portugal (2018, 2019)

Juara Piala Dunia 2010 ini mengesahkan dia akan bertanding jawatan Presiden menentang Luis Rubiales yang disampaikan menerusi akaun Twitter rasminya:

“Ya saya akan bertanding untuk Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol bila pilihanraya bermula.

“Kita bersama akan meletakkan kesatuan kita berada di puncak bersama permainan bolasepak terbaik di dunia: Bola Sepak Sepanyol.

“Saya sudah memberitahu Presiden kelab saya (FC Porto) mengenai keputusan yang telah dibuat, dan saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan.

“Kami sedang mengusahakan pencalonan kami sebaiknya dan penuh hormat.

“Lebih dari 23,000 pengundi telah menunggu kami dalam satu pilihan raya yang tulus dan adil di mana 139 ahli akan membuat keputusan yang penting ini.

“Terima kasih dengan setiap sokongan yang diberikan!”

Be the first to comment