Inter Milan sasarkan pemain Arsenal dan Manchester United.

Kelab Itali itu dilaporkan mensasarkan penyerang Arsenal atau Manchester United untuk menggantikan bintang mereka.

Kedua-dua pemain tersebut dikatakan berada dalam senarai sasaran berpotensi, Inter Milan.

Inter Milan kemungkin berusaha untuk mendapatkan sama ada penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang ataupun Anthony Martial dari Manchester United sekiranya bintang mereka, Lautaro Martinez meninggalkan San Siro pada musim panas ini.

Inter Milan bersedia sekiranya Lautaro Martinez meninggalkan mereka penghujung musim ini.

Sebelum ini, Gazzetta dello Sport mendakwa bahawa penyerang Arsenal, Aubameyang akan meninggalkan Emirates pada penghujung musim ini dan akan menyertai kelab Itali itu.

Ini kerana Inter dilaporkan telah merangka rancangan mereka dalam mencari pengganti kepada Martinez.

Prestasi cemerlang Martinez bersama pasukan Antonio Conte musim ini begitu memukau dengan menjaringkan 16 gol dalam 30 perlawanan bagi semua pertandingan setakat ini.

Persembahan pemain itu telah membuatkan dirinya dikagumi dan mendapat perhatian dari seluruh Eropah, termasuklah Barcelona, ​​yang telah lama meminati pemain Argentina itu.

Barca pula dilaporkan akan memulakan tindakan bagi mendapatkan Martinez pada musim panas ini kerana mereka cuba mencari pengganti jangka panjang untuk Luis Suarez.

Media Itali, Tuttosport mendakwa kelab Sepanyol itu bersedia untuk menawarkan € 150 juta bagi melengkapkan perpindahan tersebut.

Laporan Tuttosport pada 22 Februari lalu.

Sekiranya itu berlaku, Inter perlu mencari pengganti dan mereka boleh mengalih perhatian mereka sama ada Arsenal atau Manchester United untuk mendapatkannya.

Akhbar itu menerangkan bahawa pada masa ini Inter sedang mencari pilihan lain untuk meningkatkan barisan hadapan mereka, seperti penyerang Chelsea, Olivier Giroud dan Dries Mertens dari Napoli .

Olivier Giroud juga menjadi pemain sasaran Inter Milan.
Dries Mertens

Sekiranya Martinez meninggalkan kelab Itali itu dan menyertai Barcelona, sudah pasti Inter Milan tidak mempunyai masalah dalam kewangan mereka dan juga sudah pasti mereka tidak menghadapai masalah dalam menandatangani pemain yang berada dalam senarai sasaran berpotensi untuk menggantikan pemain Argentina berusia 22 tahun itu.

Senarai sasaran mereka itu dikatakan mengandungi Aubameyang yang memiliki 19 gol dalam 30 perlawanan untuk Arsenal musim ini dan Martial, yang memiliki 14 gol dalam 30 perlawanan untuk Manchester United serta begitu juga dengan Timo Werner dan Antoine Griezmann.

Namun, dua nama terakhir dalam senarai mereka itu dilihat sebagai ‘mimpi’ ataupun pemain impian yang sukar untuk ditandatangani mereka.

Dan kedua-dua pemain dari Liga Inggeris (Aubameyang dan Martial) dilihat lebih realistik buat mereka.

Adakah kita peminat Arsenal bersedia untuk kehilangan Auba?

Dan adakah Nketiah yang kini diturunkan Arteta merupakan usaha pengendali itu untuk menggantikan Auba?

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment