Connect with us

Arsenal

Jack Wilshere jalani satu lagi pembedahan.

Published

on

Sebelum ini, bekas pemain Arsenal ini telah menjalani pembedahan yang menyaksikan beliau terlepas 20 perlawanan untuk West Ham.

Semenjak menyertai West Ham pada 9 Julai 2018, Jack Wilshere baru membuat 16 penampilan dengan satu gol dan satu bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Dan setakat ini beliau telah terlepas 49 perlawanan bersama kelab tersebut ekoran kecederaan dan pembedahan yang dijalaninya.

Selepas menjalani pembedahan pada pergelangan kaki ekoran kecederaan yang dialamainya pada 2 Disember 2018, Wilshere dalam perkembangan terkini dilaporkan telah menjalani satu lagi pembedahan.

Advertisement

Namun kali ini, Wilshere menjalani pembedahan hernia dan walaupun masalah kecederaannya berterusan selepas menjalani satu demi satu pembedahan, beliau menegaskan bahawa akan bangkit kembali untuk beraksi buat The Hammers.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak beraksi bersama West Ham semenjak tiga bulan lalu apabila mengalami kecederaan pangkal paha.

Dan dengan kecederaan terbaru dan pembedahan yang dijalankan Wilshere, beliau dijangkakan akan berehat lebih lama.

Rekod Kecederaan Wilshere bersama West Ham
Musim
Kecederaan Dari Hingga
Hari Perlawanan terlepas
19/20 Groin Injury Oct 23, 2019 101 hari 18
18/19 Ankle Surgery Dec 2, 2018 Apr 5, 2019 124 hari 20
18/19 Ankle Injury Sep 9, 2018 Nov 25, 2018 77 hari 11
JUMLAH 302 49

Jack Wilshere menyertai West Ham secara percuma selepas gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal dan telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab tersebut.

Semoga cepat sembuh Wilshere!

Advertisement