Kenapa Dubai destinasi pasukan Liga Inggeris.

Dubai, United Arab Emirates
Rehat pertengahan musim menyaksikan beberapa kelab elit liga Inggeris memilih untuk menjalani kem latihan di Dubai.

Musim ini menyaksikan Liga Perdana Inggeris memperkenalkan rehat pertengahan musim iaitu pada musim sejuk untuk pertama kalinya semenjak Liga Perdana diwujudkan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa Dubai menjadi destinasi pilihan?

Chelsea, Arsenal dan Manchester United, tiga pasukan elit Liga Perdana Inggeris yang masih berada dalam perebutan untuk menamatkan saingan dikalangan empat teratas liga memilih melakukan perkara yang sama sepanjang musim sejuk.

Ketiga-tiga pasukan ini menjalani latihan di Dubai.

Ini kerana (dipercayai) bahawa di Dubai, terdapat kemudahan paling lengkap untuk pasukan-pasukan tersebut menjalani latihan sepanjang disana.

Mereka semua berlatih dengan menggunakan kemudahan luar biasa yang terdapat di kompleks sukan Nad Al Sheba (NAS).

Kompleks ini juga tidak jauh dari pusat bandar Dubai, menjadikannya lokasi yang mudah untuk pasukan yang menjalani latihan di sana.

Segala kemudahan untuk pasukan menjalani latihan terdapat disini seperti:

Kelab kesihatan dan spa – Kemudahan mewah termasuk semua yang diperlukan oleh atlet untuk pulih dari kecederaan atau menjalani sesi latihan.

Ia mempunyai perkara diperlukan seperti gimnasium yang lengkap, kolam renang, plunge pool, bilik stim, sauna dan bilik persalinan yang besar yang mampu memuatkan 25 atlet pada satu masa.

Gambaran plunge pool.

Ia juga mempunyai ciri tambahan hi-tech seperti ruang ketinggian, ruang cryo, ruang iklim dan makmal prestasi untuk memberikan data kepada jurulatih.

Terdapat juga kemudahan perubatan penuh dengan fisio dan tukang urut di kompleks ini.

Dua padang bolasepak standard FIFA– Kemudahan di kompleks ini juga dilengkapi dan mempunyai dua padang dengan saiz memenuhi piawaian FIFA, dengan rumput yang dijaga rapi.

Salah satu daripadanya mempunyai trek sukan standard IAAF yang mengelilinginya, sementara satu lagi dikelilingi oleh pokok untuk menawarkan lebih banyak privasi.

Kompleks Sukan – Kompleks sukan yang mampu untuk menjalani beberapa sukan dalaman (indoor), termasuk skuasy, padel, bolasepak pantai dan bola tampar serta badminton.

Malah ia juga mempunyai masjid dan Starbucks, serta tempat letak kereta yang besar di sebelah timur laut kompleks ini.

Pearl Dive Centre – Walaupun bukanlah sebahagian daripada kompleks sukan NAS, tetapi berada dikawasan yang sama.

Pearl Dive Centre berbentuk cengkerang (shell) menempatkan kolam renang rekreasi paling dalam di dunia dan merupakan salah satu tempat tumpuan di UAE.

Indoor Stadium – mempunyai kapisiti tempat duduk yang mampu menempaikan seramai 5,840 penonton dan bertaraf dunia bagi penganjuran perlawanan tempatan dan antarabangsa dalam sukan futsal, bola tampar, bola keranjang, badminton, tinju, lawan pedang, gimnastik dan seni mempertahankan diri.

Jadi tidak hairanlah mengapa Dubai dipilih sebagai lokasi bagi menjalani latihan pada musim sejuk buat pasukan Eropah termasuklah kelab Liga Inggeris.

Rob Wadsworth, pengarah sukan kompleks itu dalam satu temubual bersama omny.fm mengatakan:

“Kami sangat bernasib baik, kami mempunyai pelbagai kemudahan kelas dunia untuk atlet di seluruh dunia.

“Mereka boleh melakukan latihan mereka, sama ada peristiwa tertentu atau pemulihan dari kecederaan.

“Mereka mempunyai privasi, jadi ia boleh menjadi eksklusif kepada mereka.

“Kami mempunyai kemudahan privasi dan ia disediakan kepada pasukan dan atlet antarabangsa yang ingin berlatih di Dubai supaya ianya tidak diganggu dan ia tidak terbuka kepada orang ramai.”

Beliau sebelum ini menjelaskan mengapa pasukan memilih untuk pergi ke sana:

“Berada dalam latihan cuaca yang hangat, [pemain] boleh berlatih di luar untuk tempoh yang lebih lama, [mereka] mempunyai kelebihan, mendapatkan Vitamin D.

“Dari perspektif sains sukan, keupayaan untuk berlatih dalam keadaan panas itu memberi manfaat kepada atlet dan pasukan.”

Pemain-pemain seperti Dele Alli dan Cristiano Ronaldo sebelum ini turut pernah ke kompleks sukan NAS.

Cristiano Ronaldo melakukan sesi pemulihan di kolam semasa lawatan ke Dubai
Ronaldo bersama Novak Djokovic (kanan kedua) ketika kedua-duanya melawat kompleks itu

Alex Oxlade-Chamberlain, Virgil van Dijk, Novak Djokovic, Khabib Nurmagomedov dan Rory McIlroy semuanya telah dilihat di sana pada masa lalu.

Bintang UFC Khabib Nurmagomedov juga menggunakan kemudahan di kompleks Nad Al Sheba
Pemain Golf, Rory McIlroy bergambar semasa mengunjungi sendiri kemudahan tersebut di Dubai

Jadi ini menjelaskan mengapa NAS ataupun Kompleks Sukan Nad Al Sheba bukan sahaja menjadi pilihan buat pasukan Liga Inggeris malah ia turut menjadi pilihan kepada beberapa atlet dan pasukan terkemuka yang lain untuk menjalani latihan disini.

Skuad Arsenal berangkat ke UAE menggunakan Emirates A380 pada Mac 2019.

Kali terakhir Arsenal berada di UAE adalah pada bulan Mac 2019 apabila mereka mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan menentang Al Nasr untuk pembukaan rasmi stadium Al Maktoum yang telah diperbaharui.

Stadium Al Maktoum menjalani pengubahsuaian menjelang Piala Asia 2019.
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment