Connect with us

Arsenal

Ketua Prestasi Arsenal, jelaskan kepentingan rehat musim sejuk.

Published

on

Shad Forsythe tekankan kepentingan rehat pertengahan musim buat pasukan.
  • Arsenal mempunyai rehat dua minggu pada bulan Februari 2020.
  •  Forsythe berkata pemain akan mendapat manfaat daripada tempoh rehat sebelum mengharungi baki perlawanan musim ini.

“Musim ini selepas tempoh Krismas yang sengit dan persaingan piala [FA Cup] pada bulan Januari, kini adalah masa untuk membaiki, memulihkan, mendapatkan kembali tenaga dan pemain anda untuk bersedia sepenuhnya,” kata Shad Forsythe kepada Arsenal Player.

Shad Forsythe, Ketua Prestasi Arsenal.

“Sudah tentu, Calum [Chambers] tidak akan kembali sehingga musim depan dan terdapat sedikit kesegaran dalam pasukan, dengan beberapa pemain baharu.

“Dan saya fikir ia akan menjadi perkara penting untuk dorongan terakhir dalam mencapai kemajuan sehingga ke akhir musim.”

Sementara itu, Kieran Tierney semakin hampir untuk kembali setelah turut sama mengambil bahagian dalam latihan di kem latihan Arsenal di Dubai.

Pemain berusia 22 tahun itu bergelut dengan kecederaan sejak tiba dari Celtic pada musim panas, membuat hanya lima penampilan Liga Perdana untuk pasukan The Gunners setakat ini.

Beliau kali terakhir memulakan perlawanan adalah pada 9 Disember menentang West Ham, tetapi mengalami kecederaan bahu yang menyebabkan beliau disisihkan sehingga kini.

Advertisement

Pemain antarabangsa Scotland itu kelihatan semakin kembali pulih selepas digambarkan berlari dan berlatih di Dubai, melakukan perkara yang sama di pusat latihan Arsenal di London Colney pada akhir bulan lalu.

Kemaskini terakhir kecederaan pemain pertahanan kiri ini adalah dia tidak mungkin kembali ke latihan penuh sehingga Mac nanti, selepas menjalani pembedahan di bahunya pada bulan Disember.

Bagaimanapun Arteta mungkin mampu menggunakan seorang lain pemain pertahanan yang baru dibawa masuk, Pablo Mari.

Arsenal akan meneruskan aksi dengan pertembungan menentang Newcastle selepas menjalani kem di Dubai, rehat pertengahan musim yang pertama kali diperkenalkan.

Advertisement

The Gunners menjadi tuan rumah kepada Magpies pada 17 Februari, jam 12.30pagi waktu Malaysia.

Image 9