Connect with us

Arsenal

Kisah Arsenal teladan untuk semua.

Published

on

Nukilan salah seorang penyokong The Gunners dan juga kelab bolasepak tempatan, Kedah FA.

Arsenal, sebuah kelab bolasepak yang diasaskan pada penghujung tahun 1886 dan ianya diwujudkan daripada seorang pekerja kilang peluru, Woolwich Arsenal Armament Factory yang memutuskan untuk membentuk pasukan bolasepak.

Mereka memanggil diri mereka sebagai Dial Square yang merujuk kepada jam matahari di atas pintu masuk ke kilang.

Pada 11 Disember 1886, Dial Square meraih kemenangan 6-0 ke atas Eastern Wanderers; permainan pertama dalam gaya awal mereka dan tidak lama selepas itu, nama ‘Royal Arsenal’ telah diguna pakai.

Dari zaman Sir Henry Norris hinggalah ke Stan Kroenke, kebanyakkan ‘orang’ yang memiliki kelab bolasepak adalah dari jenis manusia yang tidak digemari dan dimahukan oleh penyokong.

Mungkin kerana sikap membuli, mungkin kerana isu tiada etika, mungkin kerana boros, mungkin jua kerana agama bangsa mereka.

Advertisement

Sebagai rekod sebelum era Kroenke, majoriti saham Arsenal dimiliki oleh orang kuat Yahudi London.

Ada juga yg mengatakan Kroenke juga seorang Yahudi Missouri tetapi dinafikan.

Ironinya, dalam kebanyakan kes seperti yang berlaku kepada Arsenal, pemilik kelab bolasepak tidak pernah mempedulikan akan perasaan para penyokong.

Mereka hanya akan kenal nama lembaga pengarah dan amat menakjubkan jika mereka boleh menghafal nama individu picisan di kalangan penyokong mereka sendiri, yang berhempas pulas menabung untuk ke stadium dan membeli barangan kelab.

Advertisement

Mereka datang ke kelab bukan kerana mereka mengenali bolasepak itu sendiri dari kecil, tetapi kerana berniaga.

Kebanyakkan mereka mempunyai matlamat yang sama; prestij dan keuntungan.

Kadang-kadang, tanpa disedari matlamat kita dan mereka mungkin bertembung dan bersatu di tengah jalan: penyertaan pemain superstar, stadium baru, kemenangan, mata, trofi dan taktikal bolasepak yang menakutkan… mengaburi niat.

Banyak lagi tujuan utama pemilik kelab ini mahu ‘berbola’.

Sebuah prestij, tajuk media sosial, hak penyiaran, pasaran saham yang eksklusif, penjenamaan global, pemerdagangan manusia alaf baru dan… ‘tanah’ perdana untuk pembinaan stadium serta projek pembangunan di sekitarnya.

Advertisement
Stadium Emirates dan Higbury Square.

Sebagai teladan, jangan dilupakan kisah perpindahan Arsenal dari Highbury ke kawasan industri pembuangan sisa di Ashburton Grove (Emirates), pernah mendapat tentangan hebat dari penduduk tempatan dan Majlis Islington.

Saman menyaman naik turun mahkamah dari tahun 2000 ke 2005, hingga melibatkan Mahkamah Tinggi campur tangan untuk mengekalkan keputusan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, John Prescott dalam memberikan ‘perintah pembelian tanah’ menyokong Arsenal.

Pemilik kelab menang, penduduk setempat kalah.

Bina stadium atas ‘tanah’, komoditi jual beli termahal dalam dunia juga adalah ‘tanah’.

Tulisan asal ini adalah daripada saudara Fatay Al-Ansari dan di olah sedikit oleh MyGooners.

Advertisement

Terima kasih dan kredit kepada beliau kerana mengizinkan perkongsian ini disiarkan disini.

https://www.facebook.com/fatayal.jersey/posts/2672825516284438
#supportwithheart #coretanAsli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply