Laporan Perlawanan: Arsenal U18 (4) – (3) Brighton & Hove Albion U18

Sam Greenwood

Sam Greenwood menjaringkan dua gol membantu pasukannya menundukkan Brighton 4-3 dan seterusnya mara ke pusingan suku akhir FA Youth Cup.

FA YOUTH CUP 5th ROUND
Arsenal U18 (4) – (3) Brigthon & Hove Albion U18
6 Februari 2020
Meadow Park

Penjaring gol:
22′ Sam Greenwood
36′ Steff Vukoje (penalti)
38′ Sam Greenwood (penalti)
49′ Lorent Tolaj
65′ Miguel Azeez
67′ Roco Rees (gol sendiri)
80′ Lorent Tolaj

Hubert Graczyk

Senarai kesebelasan utama: Hubert Graczyk (GK), Daniel Oyegoke, Joel Lopez, Charlie Patino ▼’81, Alex Kirk, Mazeed Ogungbo, Ryan Alebiosu ▼’76, Miguel Azeez, Sam Greenwood, Ben Cottrell (C), Matthew Dennis ▼’65

Simpanan: Remy Mitchell (GK), Jason Sraha, Luke Plange ▲’76, Catalin Cirjan ▲’81, Alfie Matthews ▲’65, Levi Laing, Kido Taylor-Hart

Skuad bawah 18 tahun Arsenal tersingkir dari piala ini pada pusingan yang sama pada musim lepas, dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi apabila menentang Brighton di Meadow Park awal pagi tadi.

Ini boleh kira macam tebus semula kekalahan 6-3 dalam saingan liga (U18 Premier League South) pada September tahun lepas.

Pemain remaja prospek tinggi, Sam Greenwood menampilkan aksi yang baik serta menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

The Seagulls tidak tunggu lama untuk menyerang kubu Arsenal dan berhasil membuat satu percubaan, namun ianya tersasar.

Mereka juga berjaya menyebabkan pemain tengah, Charlie Patino dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain ketika cubaan untuk serang balas pantas.

Kita dapat melakukan percubaan pertama menerusi Miguel Azeez, namun rembatannya diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Roco Rees.

Tekanan berterusan telah membuahkan hasil gol selepas Ryan Alebiosu berjaya mencipta ruang untuk membuat rembatan lencong ke arah gol, namun ditampan oleh Rees.

Tetapi bola tampanan tersebut hadir ke kaki Greenwood yang pantas menolak masuk untuk gol pertama perlawanan.

Brighton dihadiahkan sepakan penalti selepas Alex Kirk menjatuhkan Lorent Tolaj dalam kawasan kotak penalti, dan Steff Vukoje menyempurnakn penalti tersebut.

Dua minit kemudian, kita pula mendapat sepakan penalti selepas Greenwood dikasari dalam kotak penalti. Dia sendiri bangkit untuk mengambil tugasan penalti itu, dan merembat ke bucu bawah gol.

Ketangkasan penjaga gol muda, Hubert Graczyk memastikan kita kekal mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.

Greenwood hampir menambah jaringan gol pada awal separuh masa kedua, selepas berjaya melepasi perangkap offside, dia pantas melakukan rembatan ke arah gol namun diselamatkan Rees.

Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi serangan balas apabila Ted Jenks menghantar bola kepada Tolaj, yang mengawal kemas sebelum merembat melepasi Graczyk.

Kita membalas semula dengan menjaringkan gol ketiga menerusi Miguel Azeez, yang baru sahaja kembali ke skuad selepas pulih dari kecederaan, melakukan rembatan voli yang menakjubkan dari dalam kotak penalti.

Kapten pasukan, Ben Cottrell hampir menjaringkan satu gol peribadi sebagai tanda persembahan mantapnya, namun bola yang disungkit olehnya terkena Rees dan terlantun ke dalam gawang gol.

Ben Cottrell

The Seagulls menjaringkan satu lagi gol dengan baki 10 minit perlawanan juga menerusi serangan balas pantas, yang disudahkan oleh Tolaj.

Kita berjaya menangani serangan bertali-arus pada minit-minit terakhir perlawanan sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kita menanti samaada Preston North End atau Blackburn Rovers sebagai lawan pada aksi suku akhir nanti.

Be the first to comment