Laporan Perlawanan: Arsenal U23 (1) – (2) Chelsea U23

Pablo Mari

Pablo Mari dan Rob Holding bermain untuk skuad bawah 23 tahun Arsenal awal pagi tadi, namun tidak dapat membantu pasukan dari tewas 1-2 kepada skuad bawah 23 tahun Chelsea.

PREMIER LEAGUE 2
Arsenal U23 (1) – (2) Chelsea U23
18 Februari 2020
Meadow Park

Penjaring gol:
16′ Folarin Balogun
31′ Armando Broja
45′ Billy Gilmour

Pablo Mari

Senarai kesebelasan utama: Karl Hein (GK), Zak Swanson (C), Tobi Omole ▼’78, Matthew Smith, Rob Holding ▼’46, Pablo Mari ▼’46, Jordan McEneff, Folarin Balogun, Sam Greenwood, Ben Cottrell (C), Trae Coyle

Simpanan: James Hilson (GK), Harry Clarke ▲’46, Zech Medley ▲’46, Mazeed Ogungbo ▲’76, Miguel Azeez

Skuad bimbingan Steve Bould menduduki tempat kelima liga sebelum memulakan perlawanan ini menentang Chelsea, yang berada di tempat kedua.

Pemain baru skuad senior, Pablo Mari bergandingan di bahagian pertahanan tengah bersama Rob Holding untuk mengekang serangan pihak lawan.

Perlawanan ini disaksikan oleh Albert Stuivenberg (pembantu jurulatih Mikel Arteta), Hector Bellerin dan Dani Ceballos yang lebih mahu memerhati aksi sulung Mari bersama Arsenal.

Tidak banyak percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada awal permainan.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh penyerang prospek tinggi akademi Arsenal, Folarin Balogun pada minit ke-16.

Hantaran bola tingginya melepasi penjaga gol lawan, Karlo Ziger terus menuju ke bucu atas kiri gawang gol.

Selain berupaya menahan asakan berterusan dari Chelsea, skuad muda kita juga berpeluang menambah jaringan gol menerusi Balogun, Holding, dan Trae Coyle.

Chelsea berjaya mendapatkan gol penyamaan apabila Armanda Broja menyambut hantaran sepakan percuma rakannya.

Mereka kemudian berjaya mendahului perlawanan selepas Billy Gilmour pantas menyambar bola muntah yang ditepis oleh penjaga gol, Karl Hein.

Chelsea mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Bould telah menggantikan Mari dan Holding dengan Zech Medley dan Harry Clarke sebelum bermula separuh kedua, perancangan awal yang telah dibuat sebelum perlawanan ini.

Balogun semakin hampir menjaringkan gol penyamaan selepas berlari pantas memasuki kotak penalti lawan, namun rembatan derasnya berjaya ditepis keluar oleh Ziger.

Ziger sekali lagi beraksi baik apabila bertindak balas pantas untuk menghalang cubaan rendah Balogun.

Para pemain muda ini terus berusaha mencari gol penyamaan namun dengan penguasaan bola kemas Chelsea di kawasan mereka sendiri menyukarkan pergerakan serangan yang lancar dilakukan.

Be the first to comment