Manchester United yakin Jadon Sancho sertai mereka pada musim panas akan datang

Jadon Sancho

Jadon Sancho menjadi rebutan banyak kelab-kelab besar Eropah dan Borussia Dortmund bersedia menjualnya dengan harga yang tinggi.

The Red Devils dilaporkan mampu untuk membayar harga jualan yang ditetapkan oleh Dortmund iaitu sekitar £120 juta.

Mereka juga mampu untuk menawarkan gaji mingguan yang lumayan mengatasi kelab-kelab lain.

Namun, andai mereka mahu meyakinkan Sancho untuk berhijrah ke Old Trafford nanti, mereka harus mendapatkan tempat Liga Juara-Juara Eropah (UCL) terlebih dahulu.

Chelsea dan Liverpool juga dikhabarkan sangat berminat dengan bekas pemain akademi Manchester City ini.

Bagi Liverpool mungkin tiada masalah dengan isu slot UCL musim hadapan, namun perkara yang sama tidak berlaku ke atas Chelsea dan United.

Kedua-dua buah kelab ini perlu konsisten dalam baki perlawanan PL yang tinggal musim ini sebelum meneruskan tindakan seterusnya.

Kemenangan 2-0 skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer ke atas the Blues dalam pertembungan mereka dalam saingan liga baru-baru ini menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mengatasi seteru liga mereka itu musim ini.

Kini mereka hanya ketinggalan empat mata dari empat tempat teratas liga.

Musim ini, Jadon Sancho sudah bermain 31 perlawanan dalam semua kejohanan, dan terlibat dalam 33 gol Dortmund (16 jaringan gol, 17 bantuan gol).

Secara keseluruhan, Jadon sudah menjaringkan 30 gol dan membuat 40 bantuan gol sejak menyertai Dortmund dari Manchester City pada Ogos 2017.

Statistik ini sangat menakjubkan untuk pemain remaja berusia 19 tahun itu.

Be the first to comment