Manuel Almunia melawat sesi latihan Arsenal di Dubai.

Bekas penjaga gol kita telah melawat tempat latihan Arsenal di Dubai.

Bekas penjaga Arsenal, Manuel Almunia melawat Arsenal semasa sesi latihan pertama mereka di Dubai, di mana The Gunners memulakan persiapan mereka untuk separuh kedua musim ini.

Bekas pemain Arsenal yang berusia 42 tahun, bekerja di Al Jazeera sebagai jurulatih penjaga gol, digambarkan bersama Hector Bellerin.

Almunia berada di bawah kontrak bersama The Gunners selama 8 tahun, menyertai kelab pada nilai perpindahan sebanyak £ 2.6 juta pada 2004.

Dan Almunia merupakan pemain pertama yang ditandatangani Arsene Wenger selepas musim ‘Invincibles’.

Manuel, merupakan penjaga gol gantian kita di final Liga Juara-Juara pada tahun 2006, kemudian menyertai Watford pada 2012.

Bekas rakan sepasukan Mikel Arteta itu terpaksa bersara pada usia 37 tahun, setelah didiagnosis dengan hypertrophic cardiomyopathy.

Hypertrophic cardiomyopathy (HCM) adalah keadaan di mana sebahagian jantung menjadi tebal tanpa sebab yang jelas.

Ini mengakibatkan jantung kurang dapat mengepam darah dengan berkesan.

Apa kenangan menarik anda terhadap Manuel?

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment