Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Mason Greenwood mahu terus diwakili oleh bapanya, bukan agensi lain.

Published

on

Manchester United

Mason Greenwood telah menolak pelbagai tawaran dari agensi ejen terkenal untuk mengekalkan bapanya sebagai ejen dirinya.

Banyak agensi terkenal telah bertanya mengenainya sebelum dia mula menyinar tahun lepas.

Pemain remaja ini sudah menjaringkan 10 gol dalam musim penuh pertamanya di peringkat senior, dan dia seperti tidak mahu menghentikan apa yang dia lakukan kini, dan memastikan setiap urusannya dalam bolasepak kepada keluarganya.

Advertisement

Greenwood Senior yang melakukan rundingan kontrak profesional pertamanya pada 2018, juga kontrak lanjutan baru selama empat tahun pada Oktober lepas.

Tidak terkecuali urusan perjanjian kasut bola dengan Nike.

Andai status dirinya di United terus meningkat dan sentiasa menjaringkan gol, United berkemungkinan perlu duduk bersama untuk membincangkan kontrak baru menggantikan kontrak terkininya yang akan tamat pada 2023.

Dipercayai keluarga Greenwood mempunyai hubungan yang rapat dengan kelab.

Advertisement

BIODATA RINGKAS MASON GREENWOOD



Nama penuh: Mason Will John Greenwood
Tarikh dan tempat lahir: 1 Oktober 2001 di Bradford, England
Warganegara: England
Posisi: Forward
Sertai kelab: Julai 2017
Debut skuad senior Manchester United: 10 Mac 2019 (tewas perlawanan PL 2018/19 0-2 kepada Arsenal)

Greenwood juga mula mengekalkan dirinya dalam perancangan England, menjaringkan gol pertamanya untuk skuad bawah 21 tahun ketika tewas kepada Belanda dalam satu perlawanan persahabatan pada November lepas.

Buat masa sekarang, urusan bolasepaknya akan dijaga oleh bapanya, dan dalam PL, perkara ini [pemain diwakili oleh ahli keluarga sendiri] sudah semakin menjadi kebiasaan.

Di United, Marcus Rashford dan Jesse Lingard juga menjadi ahli keluarga mereka sebagai ejen mereka.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply