Mikel Arteta jemput keluarga pemain sertai kem latihan di Dubai

Mikel Arteta 0

Skuad utama Arsenal akan terbang ke Dubai untuk menjalani kem latihan selama empat hari.

The Gunners tidak akan mempunyai sebarang perlawanan sehingga menentang Newcastle United pada 16 Februari nanti.

Arteta telah menjelaskan mengenai jelajah ini di dalam website kelab: “Bagus juga untuk keluar buat sementara waktu, para pemain ini telah melalui banyak perkara.

“Dua tiga bulan kebelakangan ini sungguh sukar buat mereka, jadi saya mahu memberikan mereka sedikit masa untuk berehat. Kemudian kami akan terbang ke Dubai, mula bekerja dan fokus terhadap Newcastle.

“Kami perlu meningkatkan kualiti kami. Kami masih lagi jauh dari apa yang saya mahukan iaitu mengekalkan serangan dan memastikan corak permainan kami susah dijangka, tetapi itulah prosesnya.

“Dalam masa dua minggu akan datang, kami akan menjalani tempoh latihan yang lebih panjang. Kami juga akan menerima kembali pemain dari senarai kecederaan dan mencuba yang terbaik untuk meningkatkan pasukan.”

Arsenal seri tanpa jaringan menentang Burnley pada hari Ahad lepas dan meletakkan mereka di kedudukan ke-10 liga, 10 mata ketinggalan dari tempat keempat.

Mereka hanya mempunyai enam dari 25 liga musim ini, paling rendah di tahap ini sejak 1913.

Be the first to comment