Minyak Zaitun sebagai bayaran perpindahan.

Pemain penyerang daripada Ghana setuju untuk mewakili kelab bolasepak dengan bayaran perpindahan sebanyak 10 pound berupa minyak zaitun.

Mohammed Sumaila, 25 tahun yang bermain bersama kelab bolasepak amatur Turki selama lima tahun dilaporkan setuju untuk menyertai sebuah kelab bolasepak tempatan di Turki, Yörükalispor dengan bayaran perpindahan yang dibayar dalam bentuk minyak Zaitun.

Malah gaji beliau juga dibayar dalam bentuk minyak zaitun, walaupun tidak pernah meminta bayaran bagi bermain untuk mereka.

Penduduk kampung yang rata-rata tidak berkemampuan untuk membayar beliau dalam bentuk wang tunai akhirnya berkumpul dan berusaha untuk membawa pemain tersebut menyertai kelab mereka.

Dan keputusan akhirnya dibuat dengan hanya mampu membayar beliau dalam bentuk minyak zaitun (10 liter) yang dihasilkan penduduk itu kepada beliau.

Mohammed Sumaila. Kredit gambar : My Joy Online

Mengejutkan dimana pemain tersebut, Mohammed Sumaila bersetuju untuk menerima tawaran tersebut.

Berita mengenai pemain ini menjadi topik hangat media Turki ketika itu.

Dalam satu temubual beliau (Sumaila), telah menjelaskan dimana beliau telah menerima tawaran untuk bermain mewakili kelab tersebut untuk tempoh satu bulan bagi menghadapi kejohanan kecil yang dianjurkan.

“Saya telah bermain bolasepak untuk pasukan amatur di Turki selama kira-kira 5 tahun, dan saya telah bermain bolasepak untuk pasukan Torbali, Tire, Soma dan pasukan Gaziemir,”

“Saya akan menyertai pasukan Kütahya untuk musim depan tetapi saya setuju untuk menyertai Yörükalispor yang akan bermain dalam kejohanan bolasepak yang dianjurkan selama satu bulan di Mudanya.”

“Saya datang ke pasukan kampung atas jemputan Tayfun Albayrak dan beliau telah menjelaskan bahawa penduduk kampung akan memberi saya minyak zaitun yang mereka perolehi dari zaitun yang mereka hasilkan dan saya menerimanya.”

Mohammed Sumaila berharap beliau mampu beraksi dalam liga tertinggi bolasepak Turki satu hari nanti bagaimanapun masih gagal merealisasikan hasrat beliau itu.

Kelab Gülbahcespor, Turki merupakan kelab terakhir yang diwakilinya dan ketika ini beliau masih tidak mewakili mana-mana pasukan.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment