Connect with us

Arsenal

Mkhitaryan perlu buktikan dirinya sebelum musim berakhir.

Published

on

Masa depan pemain Arsenal masih tidak menentu dengan kecederaan yang sering dialaminya.

Henrikh Mkhitaryan mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga akhir musim depan, Jun 2021.

Ketika ini beliau menyertai Roma secara pinjaman sehingga akhir musim ini dan difahamkan bahawa kelab Itali itu boleh menukar status pinjaman tersebut kepada perpindahan tetap (kekal) sekiranya pemain itu membuat sejumlah penampilan sepanjang tempoh pinjaman tersebut.

Klausa wajib beli untuk Roma menandatangani Mkhitaryan bergantung kepada jumlah penampilan dimana ianya dilaporkan sekiranya pemain tersebut membuat 25 penampilan bersama kelab itu, pilihan wajib membeli diaktifkan.

Advertisement

Malah turut dilaporkan bahawa Roma telah pun menyediakan kontrak tiga tahun buat Mkhitaryan sekiranya mereka membelinya.

Bagaimanapun, Mkhitaryan baru sahaja membuat 11 penampilan setakat ini bersama Roma dalam semua pertandingan.

Dengan masalah kecederaan yang menghantuinya serta ditambah baki saingan Roma dalam Serie A yang tinggal hanya 16 perlawanan sahaja lagi, ianya dilihat sesuatu yang sukar buat Mkhitaryan untuk memikat kelab Itali itu.

Musim 2019/20
Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit beraksi
AS Roma 11 3 1 559′

Isnin lalu, media Itali menyifatkan Henrikh Mkhitaryan sebagai pemain ‘sentiasa cedera’ dalam laporan mereka berikutan kekalahan Roma 2-4 kepada Sassuolo.

Advertisement

Il Messaggero menegaskan bahawa pemain Armenia itu adalah salah satu contoh daripada beberapa pemain gagal menyerlah ketika bersama Roma.

Sebelum ini, pemain yang dikehendaki Roma seperti Mohamed Salah dan Alisson turut gagal menyerlah bersama mereka.

Laporan Il Messaggero pada Isnin lalu (3.2.2019).

Mkhitaryan dibawa masuk ke Roma dari Arsenal (secara pinjaman) bagi membantu bahagian belakang penyerang kelab Itali itu, tetapi kecederaan telah menghalang peluangnya untuk menghidupkan kembali karier dan prestasinya selepas ia mula berkurangan di Old Trafford dan Emirates.

Laporan Corriere dello Sport bagi edisi Roma telah mendedikasikan keseluruhan halaman untuk keadaannya pada hari Selasa, melihat bagaimana tempoh pinjaman itu berkembang setakat ini.

Mkhitaryan, 31 tahun pada masa ini sedang mengalami kecederaan, namun berharap segera pulih dan dapat kembali beraksi untuk perlawanan menentang Atalanta pada 15 Februari nanti.

Advertisement

Dan itu juga dikatakan akan menjadi peluang terakhir untuk beliau membuktikan dirinya dan berharap mampu memikat pengurusan Roma.

Walaupun laporan itu tidak mendedahkan mengenai perbincangan antara kedua-dua kelab berhubung pembelian Mkhitaryan, namun Corriere menegaskan masih ada kemungkinan perkara itu akan berlaku.

Mereka menulis bahawa jika Mkhitaryan ‘memberikan jaminan yang mencukupi’ dengan dan berdasarkan prestasinya, Gianluca Petrachi (pengarah bolasepak kelab) akan berunding dengan Arsenal untuk ‘pembelian muktamad’, dengan ‘memanfaatkan umurnya dan kontraknya yang akan berakhir pada tahun 2021’.

Ia akan menjadi tawaran perpindahan yang murah, itulah sebabnya mereka tidak keberatan melakukannya, tetapi Mkhitaryan mesti menunjukkan bahawa dia boleh memberi impak sepanjang baki tempoh yang ada, antara pertengahan bulan Februari sehingga ke akhir musim.

Advertisement

Kalau tidak, dia akan kembali ke Arsenal dan, seperti yang dikatakan Corriere, ia akan ‘tidak merugikan’ buat Roma.

Laporan Corriere dello Sport