Mustafi tunjukkan pengaruh Arteta atas kemajuannya.

Komunikasi adalah kunci untuk penambahbaikan

Shkodran Mustafi telah menunjukkan tanda-tanda kemajuan dalam permainannya baru-baru ini.

Dan nampaknya beliau secara beransur-ansur kembali mendapat keyakinannya yang hilang setelah dikecam hebat selama ini.

Selepas membuat kesilapan ketika menentang Chelsea, beliau bangkit untuk mempamerkan aksi yang menakjubkan serta menyakinkan.

Pemain Jerman kini bersama ahli skuad yang lain di Dubai bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi baki saingan liga dan perlawanan pertama selepas ini adalah menentang Newcastle.

Beliau membuat ciapan pada laman sosial Twitternya yang membayangkan peranan Ketua Jurulatih, Mikel Arteta dalam peningkatannya itu.

Gambar Musti duduk bersama Mikel Arteta ditakrifkan seperti berikut: ‘Komunikasi adalah kunci untuk penambahbaikan 👊 ‘.

Tidak seperti Unai Emery, yang cuba memaksa pemain berusia 27 tahun itu keluar dari kelab, Arteta, 37 tahun menunjukkan beliau mempunyai keyakinan terhadap pertahanan Jerman ini.

Nampaknya perlakuan Arteta terhadap pemain pertahanan yang sangat dibenci dan dikritik dapat membuktikan kepada faktor penting dalam peningkatan prestasinya.

Pengurus ataupun Ketua Jurulatih yang hebat adalah mereka yang berjaya membentuk pemain yang hebat yang dimiliki ketika itu dan bukannya menjual ataupun melepaskan mereka yang tidak menepati selera.

#InArtetaWeTrust #COYG #WeAreTheArsenal #MyGooners

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment