Pasukan Ligue 1, Stade Rennais mahukan Wenger sebagai presiden.

Arsene Wenger meninggalkan jawatan pengurus Arsenal pada Mei 2018
Rumors terbaru mengenai bekas pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger.

Arsene Wenger mengetuai senarai pendek untuk menjadi presiden baharu Rennes, mengikut laporan L’Equipe dan ESPN.

Pemilik kelab Ligue 1, Francois Pinault dan Francois-Henri Pinault dikatakan berhasrat untuk membawa pengurus berusia 70 tahun itu untuk menggantikan Olivier Letang berikutan keputusan mengejut pengunduran presiden kelab itu pada hari Jumaat.

Arsene Wenger (kiri) dan Francois Pinault dan Francois-Henri Pinault

Sebelum itu, laporan The Star melaporkan dimana Presiden Olivier Letang meninggalkan Stade Rennais dengan mengejut, dan menurut laman rasmi kelab Ligue 1 itu, mereka tidak mendedahkan punca dan mengapa tindakan presiden mereka itu berbuat demikian.

” Francois-Henri Pinault, pemilik Stade Rennais sejak tahun 1998, mengucapkan terima kasih Olivier Letang atas komitmennya dan sumbangannya terhadap trajektori kelab sejak 2017,” kata Rennes dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan kelab itu, Letang dipetik sebagai berkata dia meninggalkan kelab dalam keadaan ‘terpaksa’.

Presiden lembaga pengarah, Jacques Delanoe telah dilantik secara interim.

Di bawah Letang, Rennes memenangi Piala Perancis tahun lepas, trofi pertamanya dalam tempoh 48 tahun.

Pasukan Brittany itu berada di tangga ketiga dalam kedudukan Ligue 1 ketika presiden Letang meninggalkan kelab.

Dalam perkembangan terbaru, Pinaults dilaporkan juga bersedia untuk menawarkan Wenger sebagai peranan Pengarah Sukan (selain jawatan presiden kelab), yang akan memberikan hampir keseluruhan kawalan kelabnya kepada bekas pengurus Arsenal ini.

Pinaults, yang memiliki Gucci, Balenciaga dan Christies di kalangan jenama mewah lain, dianggap sebagai salah satu keluarga terkaya di dunia.

Desas desus mengatakan, terdapat minat positif dari pihak Wenger mengenai tawaran tersebut.

Arsene Wenger baru-baru ini dinamakan pengarah teknikal FIFA baharu, dan beliau tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali ke arena pengurusan kelab jika tawaran yang tepat tiba.

Malah baru-baru ini juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa pihak tertinggi Arsenal menghubungi beliau untuk memberikan peranan yang masih tidak diketahui di Emirates.

About MyGooners 887 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment