Pegawai Rasmi Brazil kunjungi Arsenal di Dubai.

Lawatan tersebut dikatakan adalah untuk membincangkan masa depan Martinelli bagi aksi antarabangsa bersama Brazil.
  • Juninho Paulista telah melawat Arsenal di Dubai.
  • Penyelaras pasukan kebangsaan Brazil berada dalam misi untuk meyakinkan Gabriel Martinelli untuk berjanji setia kepada Brazil.
  • Pemain berusia 18 tahun itu boleh bermain untuk Itali atau Brazil dan masih belum memilih mana-mana pihak.

Juninho Paulista, merupakan bekas pemain tengah Atletico Madrid, Celtic dan juga kelab Inggeris Middlesbrough, kini bekerja sebagai penyelaras untuk pasukan kebangsaan Brazil, telah melawat Arsenal di Dubai.

Juninho Paulista

Legenda Boro ini mempunyai misi penting untuk bercakap dengan Gabriel Martinelli mengenai masa depannya, kerana pemain muda Arsenal itu masih belum memutuskan negara manakah yang akan diwakilinya.

Pemain berusia 18 tahun ini mempunyai dua kerakyatan dengan turut memiliki pasport Itali, selain Brazil.

Dan dalam temu bual baru-baru ini, Martinelli telah mendedahkan bahawa dia masih belum memutuskan mengenai pasukan kebangsaan manakah yang akan diwakilinya.

Martinelli telah dipanggil untuk kejohanan Pra-Olimpik bersama Brazil, tetapi The Gunners tidak melepaskan dia kerana aksinya lebih diperlukan dan akan terlepas beberapa perlawanan untuk kelab.

Setakat ini, Martinelli membuat dua penampilan untuk pasukan bawah 23 tahun Brazil.

Brazil berminat untuk memilikinya dalam pasukan utama mereka dan disebabkan itu pengurus pasukan, Tite telah menghantar Juninho untuk bercakap dan memujuk dengan penyerang muda Arsenal ini.

Tite mahukan khidmat Martenelli bersama skuad utama Brazil.

Menurut legenda Barcelona dan Selecao, Ronaldinho, Martinelli mempunyai apa yang diperlukan untuk bermain bersama pasukan utama Brazil.

“Saya yakin bahawa cap Brazil pertamanya sangat dekat, dia sudah bersedia,” katanya pada akhir Januari.

“Berdasarkan sejarah pasukan kebangsaan tidak pernah bimbang dengan usia.

“Jika anda mempunyai kebolehan dan bakat, maka anda akan mendapat peluang dan dunia dapat melihat bahawa dia mempunyai bakat.”

Bulan lalu, pembantu Tite, César Sampaio dan Matheus Bachi dilaporkan telah menyaksikan aksi Martinelli pada perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan seri 2-2.

O Globo juga menulis bahawa Juninho Paulista akan disambut dan dialu-alukan di Arsenal oleh Edu Gaspar, yang pernah bekerja bersama pasukan kebangsaan Brazail sebelum menyertai The Gunners sebagai pengarah teknikal.

Amat mengagumkan untuk melihat bagaimana Gabriel menjadi pemain seperti hari ini daripada seorang yang tidak dikenali setahun lalu , kini menjadi calon untuk pasukan utama Brazil.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment