Peluang Soares dan Mari untuk perlawanan menentang Newcastle.

Ketua Jurulatih kita memberikan kemaskini mengenai dua pemain baharu untuk perlawanan selepas musim sejuk.

Mikel Arteta sedia memberi peluang kepada Cedric Soares dan Pablo Mari untuk mempersembahkan aksi sulung bagi perlawanan menentang Newcastle.

Namun beliau tidak mahu terburu-buru dalam menggunakan pemain baharu itu.

Arsenal menandatangani dua pemain pertahanan pada jendela perpindahan Januari dan Mikel Arteta lebih optimis mengenai peluang Mari untuk bermain pada 16 Februari.

Pendedahan itu dibuat Arteta dalam temubualnya yang dibuat kepada Arsenal FC ketika beliau bersama pasukan di Dubai.

Antara perkara lain, Arteta ditanya sama ada pemain baharu The Gunners, Pablo Mari dan Cedric Soares mungkin bersedia menghadapi pertembungan Newcastle.

“Dengan Pablo sedikit lebih banyak [peluang] berbanding Cedric, tetapi kami tidak mahu terlalu terburu-buru,” kata bos kita itu.

“Dia seorang pemain baru dan saya yakin dia sangat teruja dan mahu membuktikan semuanya dalam masa tiga hari, jadi kami perlu menguruskan [menggunakan] dia dengan bijak.”

Mari turut menjalani latihan di Dubai.

Sementara pemain Sepanyol itu sudah menjalani latihan bersama pasukan di Dubai, pemain Portugal (Soares) pula masih belum dapat mengatasi kecederaan lutut yang dialaminya.

Telah dilaporkan oleh The Athletic bahawa Southampton terkejut dengan pendekatan Arsenal terhadap pertahanan kanan mereka itu, yang mana kontrak pemain tersebut bakal berakhir dipenghujung musim ini bersama mereka.

Menurut David Ornstein dari The Athletic, Southampton menjangkakan bahawa Cedric Soares akan meninggalkan kelab pada musim panas kerana kontraknya hampir tamat.

The Saints menganggap Soares akan berpindah ke luar negara atau ke liga yang lebih rendah.

Bagaimanapun, Arsenal tiba-tiba mendekati mereka mengenai ketersediaan pemain pertahanan itu.

Pertahanan kanan mengalami kecederaan lutut pada 21 Januari ketika menentang Crystal Palace.

Oleh itu, Southampton mengandaikan bahawa Soares akan meninggalkan mereka secara percuma, yang mana ianya menjadi senario yang paling mungkin.

“Ketika minggu lalu semakin dekat, berita tentang minat Arsenal muncul dan Southampton tidak dapat percaya ia benar,” jelas Ornstein dalam laporannya.

Tetapi The Gunners di pihak mereka, percaya mereka mendapat apa yang mereka cari.

Peminat di Utara London menganggap Soares sebagai pemain tambahan yang baik dan mengharapkan dia pulih tidak lama lagi.

Pemain berusia 28 tahun itu dibawa masuk untuk mengukuhkan barisan pertahanan tetapi dia boleh memainkan peranan penting dalam beberapa bulan akan datang, itulah yang disimpulkan oleh wartawan tersohor, Ornstein mengenai perpindahan Soares ke Arsenal.

The Saints nyata gembira melengkapkan perjanjian perpindahan itu selain dapat merasa sedikit wang untuk pemain yang akan dilepaskan secara percuma pada musim panas nanti.

Status kecederaan pemain-pemain Arsenal.
Player Reason Further Detail Potential Return Condition Status
Calum Chambers Knee Injury Jan 02: “Further to the injury sustained during the match vs Chelsea, we
can confirm that Calum ruptured the anterior cruciate ligament of his
left knee.”
29/08/2020 None Ruled Out
Kieran Tierney Shoulder Injury Dec 14: “Dislocated shoulder at West Ham. Kieran will undergo surgery next week
and will rehabilitate for around three months.”
14/03/2020 None Ruled Out
Cedric Soares Knee Injury Jan 23: “Cedric is out for three weeks maybe with a ligament injury in the knee.” 16/02/2020 None Ruled Out
Sead Kolasinac Thigh Injury Jan 20: “Hoping to return to full training in the winter break period. 16/02/2020 None 50%
Reiss Nelson Thigh Injury Jan 20: “Hoping to return to full training in the winter break period.” 16/02/2020 None Ruled Out
Bukayo Saka Knee Injury Feb 02: “He had a knock in his knee and his hip, so we will see. No Return Date Currently Being Assessed 50%
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment