Pemain berada di ‘senarai teratas’ Arsenal, mempunyai klausa pelepasan berpatutan.

Namun kelab lain juga berminat untuk menandatangani.

Arsenal berminat dengan pemain pertahanan Bayer Leverkusen, Jonathan Tah, jika dakwaan dari media Jerman boleh dipercayai.

Menurut Sport Bild, pemain berusia 23 tahun itu berada di ‘senarai teratas’ kelab bolasepak Arsenal dan boleh menjadi pertahanan baru The Gunners musim depan.

Jonathan Tah, pertahanan tengah berusia 23 tahun yang semakin meningkat naik.

Kontrak pertahanan tengah ini bersama pasukan Bundesliga itu akan berakhir pada Jun 2023 dan laporan itu mendakwa ia mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 40 juta dalam kontrak semasanya.

Bagaimanapun ia turut melaporkan dimana yuran pelepasan pemain tersebut boleh meningkat – ‘sedikit lebih tinggi’ jika Leverkusen layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Leverkusen ketika ini berada di tangga kelima dengan 40 mata, perbezaan dua mata dengan pasukan ditangga keempat, Borussia Mönchengladbach.

Namun Mönchengladbach masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan, yang masih belum dimainkan lagi.

# Team MP W D L F A G P
1 Bayern Munich 17 12 3 2 49 25 +24 39
2 RB Leipzig 17 10 5 2 29 14 +15 35
3 Bayer 04 Leverkusen 17 9 5 3 32 17 +15 32
4 Borussia Dortmund 17 9 2 6 33 22 +11 29
5 Wolfsburg 17 7 8 2 26 19 +7 29
6 Union Berlin 17 7 7 3 32 21 +11 28
7 Borussia Mönchengladbach 17 7 7 3 31 26 +5 28
8 Eintracht Frankfurt 17 6 9 2 30 26 +4 27
9 SC Freiburg 17 6 6 5 31 28 +3 24
10 Stuttgart 17 5 7 5 32 27 +5 22
11 TSG 1899 Hoffenheim 17 5 4 8 25 30 -5 19
12 Augsburg 1907 17 5 4 8 17 26 -9 19
13 Werder Bremen 17 4 6 7 19 25 -6 18
14 Hertha BSC 17 4 5 8 23 28 -5 17
15 Arminia Bielefeld 17 5 2 10 13 24 -11 17
16 1. FC Köln 17 3 6 8 15 28 -13 15
17 1. FSV Mainz 05 17 1 4 12 15 36 -21 7
18 Schalke 04 17 1 4 12 14 44 -30 7

Sport Bild menjelaskan bahawa klausa pelepasan Tah berjumlah € 40 juta itu hanya sah sebelum permulaan kejohanan Eropah pada 12 Jun.

Dan pemain itu mempunyai nilai ataupun harga yang berpatutan, sebelum tarikh tersebut.

Pun begitu, pihak Mikel Arteta bukanlah satu-satunya kelab mengejar pemain antarabangsa Jerman itu, kerana laporan itu menambah Atlético Madrid juga telah menunjukkan minat mereka terhadap pemain tersebut.

Jonathan Tah, telah menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayer Leverkusan pada 15 Julai 2015.

Info Ringkas

Dan pada 26 Februari 2018, Bayer Leverkusen telah melanjutkan kontrak Tah sehingga 2023.

Tah membuat penampilan ke-100 Bundesliga untuk kelab itu pada 10 Mac 2019 dan pada ketika ini, nilai pasaran semasa beliau adalah dianggarkan € 37 juta.

Graf nilai pasaran Tah.

Namun peluang Arsenal untuk mengalahkan Atlético dalam menandatangani Tah hanya akan berjaya sekiranya Arteta berjaya membawa The Gunners beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Atlético pula dilihat berada lebih baik berbanding Arsenal kerana menduduki tangga keempat La Liga dan mempunyai peluang untuk beraksi di Liga Juara-Juara dan menandatangani Tah.

Nilai Tah ketika ini dari sumber Transfermark.
Kedudukan La Liga
# Team MP W D L F A G P
1 Atlético de Madrid 17 14 2 1 33 7 +26 44
2 Real Madrid 18 11 4 3 30 15 +15 37
3 Barcelona 18 10 4 4 37 17 +20 34
4 Villarreal 19 8 9 2 28 19 +9 33
5 Sevilla 18 10 3 5 23 16 +7 33
6 Real Sociedad 19 8 6 5 29 16 +13 30
7 Granada 19 8 4 7 23 31 -8 28
8 Real Betis 19 8 2 9 24 32 -8 26
9 Cádiz 19 6 6 7 17 24 -7 24
10 Getafe 18 6 5 7 16 18 -2 23
11 Celta Vigo 19 6 5 8 23 30 -7 23
12 Levante 18 5 7 6 25 26 -1 22
13 Athletic Bilbao 18 6 3 9 21 22 -1 21
14 Valencia 19 4 8 7 25 26 -1 20
15 Eibar 19 4 7 8 16 20 -4 19
16 Real Valladolid 19 4 7 8 18 27 -9 19
17 Deportivo Alavés 19 4 6 9 17 25 -8 18
18 Elche 17 3 8 6 16 23 -7 17
19 Osasuna 19 3 7 9 16 28 -12 16
20 Huesca 19 1 9 9 14 29 -15 12
About MyGooners 887 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment