Pemain West Ham bakal dipotong gaji.

Para pemain West Ham United kena bersedia menerima potongan gaji separuh andai gagal menyelamatkan pasukan dari jatuh divisyen musim ini.

Kebanyakan pemain dalam skuad West Ham kini mempunyai potongan gaji tertulis di dalam kontrak mereka; sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak kelab untuk melindungi mereka dari kejatuhan kewangan selepas tersingkir.

Peratusan pemotongan gaji adalah berbeza mengikut individu.

Namun, menurut Sportsmail, sejumlah besar pemain, terutama penerima gaji tertinggi di kelab, bakal mengalami potongan gaji 50% tertulis di dalam kontrak peribadi mereka.

Sementara klausa pemotongan gaji ini dicipta untuk melindungi kewangan kelab, mereka yang terpaksa menerima potongan gaji yang banyak ini berkemungkinan akan meninggalkan kelab pada musim panas akan datang bagi memastikan mereka tidak kehilangan begitu banyak pendapatan mereka.

Kehilangan status PL akan menyebabkan status kewangan yang tidak menentu buat kelab.

West Ham kini berada di zon penyingkiran selepas hanya berjaya mencatat satu kemenangan dari lapan perlawanan liga terakhir mereka.

David Moyes mempunyai tugasan yang sangat sukar untuk memperbetul nasib kelab kerana mereka masih mempunyai perlawanan menentang Manchester City, Liverpool, Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Pemilik bersama kelab, David Sullivan dan David Gold, dan naib pengerusi Karren Brady sedang mengalami tekanan tinggi dari para penyokong yang tidak gembira dengan keadaan kelab, juga kecewa dengan hala tuju kelab di bawah pengurusan mereka.

Mereka dijangka akan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka pada hujung bulan ni, dengan merancang protes belon hitam ketika perlawanan menentang Liverpool di Anfield pada 24 Februari.

Kumpulan The Hammers United, yang menguruskan protes di luar Stadium London bulan lepas (yang dihadiri hampir 2000 orang), akan menggesa para penyokong untuk mempamerkan banner dan melepaskan belon hitam ketika pasukan berjalan masuk ke dalam padang di Anfield – perlawanan yang akan ditayangkan di Sky Sports.

Satu kenyataan daripada Hammers United: “Terlalu banyak kekecewaan, tekanan dan marah di kalangan kami pada masa ini, dan kami berhak berasa sebegini.

“Terlalu banyak pendapat bagaiman hendak menyampaikan pesanan kami kepada dunia.

“Menunjukkan kepada dunia bagaimana rasa kecewa kami terhadap pemilik-pemilik kelab.

Kami juga mahu mengajak lebih ramai penyokong West Ham menyertai kami, yang setakat ini tidak menunjukkan sebarang minat.

“Kami perlukan mereka bersama-sama kami andai mahu berjaya.

“Mengambil kira faktor-faktor ini, kami mahu mencadangkan pertunjukkan yang ‘besar’ ini ketika menentang Liverpool di tempat lawan.

“Ianya akan ditayangkan di Sky dan seluruh dunia akan menyaksikannya. Pasukan akan keluar ke padang berlatarkan belon-belon hitam di West Ham end.

“Kemudian ratusan banner akan dinaikkan, melebihi banner yang dinaikkan oleh the Kop.”

Be the first to comment