
Arsenal 7-1 Sheffield Wednesday
Secara umumnya, kita melihat skuad Arsenal hanya mampu menjaringkan ataupun memenangi sesuatu perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar apabila memiliki pemain pada puncak prestasinya.
Bagaimanapun ianya sedikit berbeza pada tahun 1992 dimana perkara ini berlaku pada perlawanan menentang Sheffield Wednesday, dan ianya dianggap sesuatu yang mengejutkan.
15 Februari 1992, Arsenal ketika itu masih dikendalikan oleh pengurus lagenda, George Graham membariskan pemain yang kita semua kenali ketika ini dengan gelaran lagenda kelab.
Dan mereka (pemain-pemain) masih mencari keserasaian dan masih muda (sesetengah pemain).

Arsenal pada musim itu (1991/1992) berusaha untuk mempertahankan gelaran mereka dimenangi musim sebelumnya, tampil dengan aksi mengecewakan dalam sembilan perlawanan sebelum itu.
Skuad bimbingan Graham sebelum bertemu Sheffield Wednesday hanya menjaringkan lima gol sahaja, dengan satu kemenangan dicatatkan.
REKOD PERLAWANAN ARSENAL SEBELUM MENENTANG SHEFFIELD WEDNESDAY.
Bil. | Perlawanan | Tarikh | Venue | Lawan | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
1 | 22. | 25 Dis.91 | A | Luton Town | 0:1 |
2 | 23. | 27 Dis.91 | A | Manchester City | 0:1 |
3 | 24. | 31 Dis.91 | H | Wimbledon FC | 1:1 |
4 | 25. | 10 Jan. 92 | H | Aston Villa | 0:0 |
5 | 26. | 17 Jan.92 | A | Queens Park Rangers | 0:0 |
6 | 27. | 28 Jan.92 | A | Liverpool FC | 0:2 |
7 | 28. | 31 Jan.92 | H | Manchester United | 1:1 |
8 | 29. | 7 Feb.92 | A | Notts County | 1:0 |
9 | 30. | 10 Feb.92 | H | Norwich City | 1:1 |
Walaupun menjanjikan harapan pada awal musim itu dengan kehadiran Ian Wright dari Crystal Palace pada bulan September, Arsenal mengalami kekalahan yang tidak disangka apabila tewas kepada Benfica dalam saingan Piala Eropah, kalah kepada Coventry dalam saingan Piala Liga, dan yang paling teruk adalah tewas kepada Wrexham dalam saingan Piala FA.

Kesemua kekalahan tersebut membuatkan harapan untuk mencipta kejuaraan ataupun memenangi trofi hancur berkecai musim itu (mujur tiada twitter dan facebook pada masa itu).
Bagaimanapun George Graham membuat keputusan mengejut dengan menurunkan Wright untuk membarisi jentera serangan Arsenal bersama Alan Smith, Paul Merson dan Anders Limpar.
Gandingan empat pemain yang memulakan perlawanan itu termasuklah Kevin Cambell yang membuat kesan menakjubkan dari bangku simpanan, benar-benar memukau dan begitu dasyat.
Musim itu, pasukan Graham sering bergelut untuk mencari keseimbangan pada barisan penyerangnya dengan kekurangan konsistensi setelah berjaya memenangi kejuaraan liga pada musim 1988/89 dan 1990/91.
Namun hari yang ditunggu-tunggu akhirya muncul walaupun ia memerlukan lebih daripada dua pertiga daripada perlawanan untuk Arsenal untuk mencari rentak.
Dua jaringan gol pada separuh masa pertama dengan gol pembukaan perlawanan untuk Arsenal dari Alan Smith dan gol penyamaan dari Nigel Worthington untuk Wednesday, menamatkan separuh masa dengan kedua-dua pasukan terikat satu sama.
Dan keputusan itu jelas tidak menggambarkan bahawa perlawanan tersebut bakal berakhir dengan jaringan besar.
Keputusan akhir 7-1 yang memihak kepada Arsenal jelas sekali tidak dapat dipercayai ketika itu.
Sheffield Wednesday, yang baru saja dipromosikan ke Division Satu, mempunyai musim yang mengagumkan dan mereka akhirnya menamatkan saingan di kedudukan ketiga, satu tangga di atas Arsenal (kedudukan keempat liga) musim itu (1991/92).
Walau bagaimanapun, pengenalan Campbell pada separuh masa kedua mengubah perlawanan tersebut.
Campbell menerima dan mengawal bola lontaran ke dalam dari Nigel Winterburn di dadanya di kawasan penalti, mengambil satu lagi sentuhan untuk menyiapkan dirinya, berpaling (berpusing) dan melepaskan satu rembatan padu yang tidak dapat dihalang, masuk menerjah gawang Wednesday.
Jaringan tersebut nyata memberikan semangat baru kepada The Gunners apabila terus menjaringkan dan menambahkan gol untuk mencatatkan kemenangan besar musim itu.

Ketika itu (musim tersebut), Campbell baru berusia 21 tahun dan berkembang maju untuk melayakkan dirinya beraksi bersama pasukan utama The Gunners.
Beliau pada musim sebelumnya telah berjaya mempamerkan aksi menarik dan memberikan sumbangan penting dalam membantu Arsenal menjuarai liga.
Musim itu juga menyaksikan George Graham telah membiarkan seorang lagi penyerang muda berbakat, Andrew Cole meninggalkan kelab Highbury.

Keputuan itu dibuat Graham kerana percaya akan potensi Campbell untuk menyinar lebih besar berbanding Cole.
Campbell bagaimanapun gagal menjadi penyerang berkelas dunia yang diharapkan oleh peminat dan ia mungkin disebabkan sebahagian besar penampilan beliau dibayangi aksi kehebatan Ian Wright.
Aksi Campbell musim itu (1991/92) juga amat mengagumkan dengan berjaya menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan dan kebanyakkan gol yang dijaringkan beliau disifatkan luar biasa.
Musim itu juga menyaksikan peminat dan penyokong dapat melihat pasukan tampil bersaing satu sama lain untuk menjaringkan gol, terutamanya selepas perlawanan ini.
Gol ketiga Arsenal pada perlawanan tersebut dihasilkan oleh Anders Limpar yang merembat kencang selepas hantaran silang Wright dihadang pemain lawan dan terbias serta bola singgah di depannya (Limpar) untuk penyudah yang cantik, meletakkan Arsenal mendahului 3-1.
Wright secara tiba-tiba mengganas di sebelah kiri dan memotong masuk sekali lagi untuk melakukan hantaran dan kali ini disudahkan dengan baik oleh Campbell yang menanduk masuk gol keempat Arsenal.
Aksi cemerlang Wright diteruskan untuk gol kelima Arsenal apabila beliau bijak menghantar bola kepada Merson yang kemudiannya melakukan chip untuk menewaskan Chris Woods (penjaga gol Wednesday).
Dan Wrights akhirnya berjaya menjaringkan gol untuk dirinya sendiri selepas menyempurnakan bola muntah setelah percubaan Campbell ditepis penjaga gol lawan, untuk Arsenal mendahului 6-1, hanya dua minit selepas gol kelima dijaringkan.
Campbell dan Limpar melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal apabila penyerang muda itu melorongkan satu hantaran cantik untuk Limpar menyudahkan gol ketujuh The Gunners.
Walaupun ketinggalan jauh di belakang Leeds dan Manchester United untuk mencabar kejuaraan liga, Arsenal bagaimanapun selepas perlawanan tersebut, tidak pernah mengalami sebarang kekalahan dan menamatkan saingan ditangga ke-4 liga.
*Selepas perlawanan menentang Wednesday, Arsenal mencatatkan lapan kemenangan dan lima seri.
Pun begitu, Arsenal merupakan penjaring terbanyak liga dengan 81 gol.
ANTARA PENJARING TERBANYAK ARSENAL 1991/92
Bil. | Pemain | Jumlah Jaringan |
---|---|---|
1 | Ian Wright | 24 gol |
2 | Alan Smith | 16 gol |
3 | Kevin Campbell | 14 gol |
4 | Paul Merson | 12 gol |
5 | Anders Limpar | 5 gol |
6 | David Rocastle | 4 gol |
6 |
Lee Dixon | 4 gol |
7 | Tony Adams | 2 gol |
KESEBELASAN UTAMA ARSENAL MENENTANG SHEFFIELD WEDNESDAY (15 Februari 1992)
- David Seaman – 27 tahun.
- Lee Dixon – 27 tahun.
- Nigel Winterburn – 27 tahun.
- Steve Bould – 28 tahun.
- Tony Adams – 24 tahun.
- David Rocastle – 24 tahun.
- Anders Limpar – 25 tahun.
- Paul Merson – 23 tahun.
- Alan Smith – 28 tahun.
- Ian Wright – 27 tahun.
- Kevin Campbell – 21 tahun, (pemain gantian) masuk menggantikan Alan Smith pada babak kedua perlawanan (minit ke-46).
RANGKUMAN PERLAWANAN
JARINGAN
Arsenal | Jaringan | Sheffield Wednesday |
---|---|---|
Alan Smith : minit ke-13. | 1 : 0 | |
1 : 1 | Nigel Worthington : minit ke-44. | |
Kevin Campbell : minit ke-71. | 2 : 1 | |
Anders Limpar : minit ke-74. | 3 : 1 | |
Kevin Campbell : minit ke-81. | 4 : 1 | |
Paul Merson : minit ke-84. | 5 : 1 | |
Ian Wright : minit ke-86. | 6 : 1 | |
Anders Limpar : minit ke-89. | 7 : 1 |
KEDUDUKAN LIGA 1991/92
# | Pasukan | P | M | S | K | J:B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Leeds United | 42 | 22 | 16 | 4 | 74:37 | 37 | 82 |
2 | Manchester United | 42 | 21 | 15 | 6 | 63:33 | 30 | 78 |
3 | Sheffield Wednesday | 42 | 21 | 12 | 9 | 62:49 | 13 | 75 |
4 | Arsenal FC | 42 | 19 | 15 | 8 | 81:46 | 35 | 72 |
5 | Manchester City | 42 | 20 | 10 | 12 | 61:48 | 13 | 70 |
6 | Liverpool FC | 42 | 16 | 16 | 10 | 47:40 | 7 | 64 |
7 | Aston Villa | 42 | 17 | 9 | 16 | 48:44 | 4 | 60 |
8 | Nottingham Forest | 42 | 16 | 11 | 15 | 60:58 | 2 | 59 |
9 | Sheffield United | 42 | 16 | 9 | 17 | 65:63 | 2 | 57 |
10 | Crystal Palace | 42 | 14 | 15 | 13 | 53:61 | -8 | 57 |
11 | Queens Park Rangers | 42 | 12 | 18 | 12 | 48:47 | 1 | 54 |
12 | Everton FC | 42 | 13 | 14 | 15 | 52:51 | 1 | 53 |
13 | Wimbledon FC | 42 | 13 | 14 | 15 | 53:53 | 0 | 53 |
14 | Chelsea FC | 42 | 13 | 14 | 15 | 50:60 | -10 | 53 |
15 | Tottenham Hotspur | 42 | 15 | 7 | 20 | 58:63 | -5 | 52 |
16 | Southampton FC | 42 | 14 | 10 | 18 | 39:55 | -16 | 52 |
17 | Oldham Athletic | 42 | 14 | 9 | 19 | 63:67 | -4 | 51 |
18 | Norwich City | 42 | 11 | 12 | 19 | 47:63 | -16 | 45 |
19 | Coventry City | 42 | 11 | 11 | 20 | 35:44 | -9 | 44 |
20 | Luton Town | 42 | 10 | 12 | 20 | 38:71 | -33 | 42 |
21 | Notts County | 42 | 10 | 10 | 22 | 40:62 | -22 | 40 |
22 | West Ham United | 42 | 9 | 11 | 22 | 37:59 | -22 | 38 |